Nasi Lemak Tumis Kuning

Assalamualaikum... Salam mesra, salam manis dan bersua kembali dipagi Jumaat ni, bersama menu Nasi Lemak Tumis Kuning yang dah habis pun kami sekeluarga santap. Memang sedap, lembut dan CT sesuaikan dengan ayam masak sambal bersama telur rebus aje. Nak buat yang lain-lain tu tak sempat dah, apa yang termampu ajelah CT sediakan. Alhamdulillah, anak-anak dan My laling CM pun suka ditambah lagi dengan aroma daun pandan tu serta bau biji halba lagilah membangkitkan aroma nasi lemak tumis ni. Haqim pun sampai kurang dan makan bertambah-tambah lagi nasi lemak tumis ni... hehehe. Resipi asalnya dari JUN MyResipi, terima kasih ya JUN. Ramai juga teman-teman yang dah mencubanya, rata-rata mengatakan memang sedap. Maaflah ya tak dapat CT nak letak link semua teman satu persatu disini.

Nasi lemak ni dah berbagai-bagai versi ubah suai, ada yang hijau, kuning dan sikit hari nanti adalah warna yang lain pulak nanti... hehehe. Selalunya nasi lemak ni sedap kalau digandingkan dengan lauk-pauk seperti rendang ayam, daging, paru goreng sambal, sotong sambal atau udang masak sambal... kecurlah pulak bila dah taip macam ni kan... hehehe. Lama juga CT tak masak rendang kat rumah, kalau rajin nak juga masak ayam rendang untuk hidangan tengahari nanti, ada yang nak tumpang makan tak...? Hehehe.


Okeylah... masih banyak kerja yang sedang menanti CT didapur tu, jika ada kesempatan dan ada kelapangan, Insya'Allah CT akan singgah blog teman-teman semua. Untuk itu, kalau ada yang belum mencuba menu Nasi Lemak Tumis Kuning ni, bolehlah mencubanya. Sampai jumpa lagi. Daaa....
Nasi Lemak Tumis Kuning
Resipi : JUN MyResipi
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan : (untuk 5-6 orang)
4 1/2 cawan beras wangi
2 1/2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba - ditumbuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
1 cm halia - dihiris halus
1 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - dihiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak + 1 sudu minyak sapi
1 sudu kecil kunyit serbuk
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk rice cooker di atas dapur. Tumis bawang dan halia hingga garing.
2. Kemudian masukkan air, santan dan kunyit serbuk, kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Bila sudah mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan sedikit garam.
4. Matikan api, angkat periuk rice cooker dan masak nasi lemak seperti kita masak nasi biasa dalam rice cooker.
5. Hidangkan bersama lauk sambal kegemaran berserta timun, telur rebus atau telur dadar dan ikan bilis goreng.




























19 Responses to "Nasi Lemak Tumis Kuning"
Happy weekend yah kak.. ;)
Selamat pagi... Wah sedapnya kalau pepagi nie makan nasi lemak.... Ada lg x tu? Diana nak ckit nie... Dah terliur tgk nie... Hehehe
wah pepagi dah nsi lemak yek...
mintak sikit la utk sarapan ni...tliur dh tgk ni...
QH nk yg dlm kuali tu yekkk...hehehe
lama dah tak dok ngadap depan ni.
ada nasi lemak la pula umah ct ni.sedap sarapan ni..
teringin la pula.
tumpang breakfast sini kak!!!
Nice Pic Kak..sukee..
Tak pernah try this nasi lemak.. Wkend ni can try.. Macam sedap gitu
Mana la akak dapat guni tu. hehehehe... cantik.
memang best sangat nasi lemak tumis ni kan....
like banyak kali.....
Love looking at your gorgeous photos kak! all the food looks fantastic!
happy weekend kak!
Nasi lemak ber-ayam sambal... mungkin nanti Ratna sediakan... ya ampun! gimana ya, potongan badan sudah melampau montel...
Salam ceria ber-week end buat CT seisi keluarga, salam manis manis madu.
Adoii...lewat sampaai la...sayang pulak beras yang tumpah dari guni tu...hihihi...mesti sedap nasi lemak tumis ni..jemput makan..
Post a Comment