ButterMilk Doughnuts

Assalamualaikum... Salam mesra, salam manis dan bersua kembali dalam awal bulan Mac dari cuti 2 hari yang meletihkan. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah juga merehatkan badan selepas penat menyiapkan segala kerja. Cuma tak sempat nak update masakan dalam blog Dapur CT jerlah. Tak bercuti kemana-mana pun, ada kat rumah je. Hanya ada sedikit kerja yang perlu dibereskan hehe. Rasa rindu jugalah nak singgah blog teman-teman CT semuanya, tapi keadaan tak mengizinkan sama sekali. Hanya sempat bukak facebook tu sekejap aje. Tu pun jengah-jengah mana yang termampu jer, dan tinggal komen sikit-sikit jer... hehehe.

Oh ya dah sempat baca entri CT dua hari yang lepas tu tak? Haa... hanya itu saja yang dapat CT kongsikan bersama untuk teman-teman CT bagaimana caranya CT mengambil gambar untuk setiap hasil kerja-kerja CT di blog ini. Semoga semua itu dapat membantu serba sedikitlah ya. Sekarang ni semua dah tahulah lah ruang kerja CT untuk blog ni kan. Nak berkreatif mestilah kat ruang yang selesa untuk kita buat kerja. Untuk CT, di situlah kebanyakan masanya CT melakarkan sedikit kreativiti dan melakukan kerja-kerja fotografi CT selama ini :)

Berbalik pada resipi CT hari ini, ButterMilk Doughnuts resipi dari Ros-Jintanmanis. Rasa teringin nak makan donat tiba-tiba, tu yang terus mencari resipi, google sana sini, akhirnya CT ambil dan cuba resipi dari Ros ni. Banyak juga dapatnya dari adunan yang CT buat ni. Dalam rumah CT ni semua suka makan donat jadi tak kisahlah buat banyak mana pun mesti habis dimakan. Separuh darinya CT salut dengan coklat sebab anak bujang bongsu CT tu Haqim suka letak coklat. Yang lain-lain tu CT salut dengan gula kastor aje. Untuk yang diposingkan dalam gambar ni, CT salut coklat putih dan taburkan dengan almond slice yang CT panggang dalam oven dan juga sedikit kacang tanah bergaram yang dicincang yang dijual ready-made tu.

Sebelum ni kalau buat donat, CT selalu buat guna resipi dari HaSue mudah dan cepat nak disediakan tu. Tapi kali ni guna buttermilk yang CT buat sendiri jer, mengunakan susu dan cuka makan. Menurut kata Ros, buttermilk yang dah siap, ada dijual dikedai bakery. Tapi malas pulak nak pergi beli, jadi CT buat sendiri aje. Memang lembut donat ni sesuai dengan selera CT juga. Sebelum ni pernah buat donat Mayo resipi dari Ros juga. Untuk masa yang lain nanti, CT akan kongsikan resepi donat yang CT ambil resipinya dari satu laman web di internet, simple dan ringkas aje. Dalam sedikit masa CT akan cuba buat dan akan kongsikan bersama dalam Dapur CT, Insya'Allah.

Okey... tanpa bercakap panjang lebar lagi, kita terus pada resipi Buttermilk Doughnut dari Ros ni ya, terima kasih banyak-banyak ya Ros. Secebis dua kata untuk Ros, semoga apa yang Ros dan anakandanya lalui itu, anggaplah ia sebagai dugaan Allah pada hamba-hambanya... Aminnn. Untuk yang berminat mencuba resepi ini, silakan ye. Sampai jumpa lagi. Daaa....
ButterMilk Doughnuts
Resepi: Rosmarlina @ jintanmanis.com
Di olah: Che CT
Bahan-bahan :
2 sudu kecil baking powder
180 gm tepung roti
220 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur - dipukul sedikit mengunakan garpu
140 ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin/butter/shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis - 1 1/2 sudu kecil
3 sudu kecil buttermilk - beli kat kedai bahan bakery
Untuk Hiasan :
sedikit serbuk gula - salutan pada donut
Cara-Cara :
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota:
Jika digantikan buttermilk siap dengan buttermilk buatan sendiri (menggunakan susu dan cuka), tidak perlu gunakan 140 ml air suam dalam bahan di atas tu. Selain itu, tepung roti juga boleh ditukar kepada tepung gandum sahaja.
Jika digantikan buttermilk siap dengan buttermilk buatan sendiri (menggunakan susu dan cuka), tidak perlu gunakan 140 ml air suam dalam bahan di atas tu. Selain itu, tepung roti juga boleh ditukar kepada tepung gandum sahaja.




























23 Responses to "ButterMilk Doughnuts"
Ct...kretif nya awak ...donat pun nampak cantik...and latangbelakang pun cantik jugak. Saya suka sangat...donat yang bersalut almond tu.
geramnya tgk donut2 tu semua...
sya suka juga tau mkn donut...
tp xpenah lg cuba buat...hehehe
mintak seketuiii yer..
Dari jauh mama dtg nk mkn donut butterMilk nie hehehe gebu sekali nmpk kejadian nyer pasti anak2 suka...
salin resipi & kena cari buttermilk dulu hehehe tq
Nampak gebu dan lembut donut itew...teringin gue mencubanya..
Kak, bila tgk gambar2 kat blog akak ni, ingatkan akak ada satu studio khas utk shoot gambar2 masakan. siapa sangka kan rupanya dgn kreativiti akak, balkoni pun boleh jadi medan utk shoot gambar2 dgn canti sekali.. Tahniah kak! Really admirer dgn kerja2 dan bakat akak..
Kalau guna buttermilk, sah2 lembut dan gebu jer ni, betul tak?
like banyak kali..
sedappnya tengokkkkk............
Akak ni dah slow gak laaa update..kebetulan duk ke hulu ke hilir setelkan kemasan rumah 1 lg nuun...rasa mcm nak pindah sgt...tp malehh nak packing...hahahaha
Kalai la jue blh wat segebu ni ek..
Salam manis manis madu.
Comelnya donut tu akak... Cantik sgt tau... Geram plak diana tgk.. Nie ada irfan tgk sama nie.. Dia kata nak suh mummy dia buat skg.. Hahahaa... Adeeh diana x reti buat donut.. Hihiii
Post a Comment