Sticky Caramel Chicken Wings

Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi Jumaat buat teman2 Che CT. Alhamdulillah, sampai juga kita ke penghujung minggu. Untuk orang yang bekerja pasti tertunggu-tunggu hujung minggu macam ni kan. Sebab esok dah cuti jadi dapatlah melepaskan lelah dengan bermalas-malasan untuk dua hari cuti berikutnya. CT pulak, kalau hujung minggu macam ni kira dapatlah rehat juga sikit sebab anak-anak tak bersekolah dan suami pun tak bekerja jadi taklah terkejar-kejar dengan masa sangat. Dan hari cuti hujung minggu dapatlah bercuti dari memasak juga. Rehatkan dapur dan keluar pergi jalan-jalan cari makan ajelah senang... hehehe. Sebenarnya CT ingat nak publish mengenai 'kecurian' gambar masakan pagi ni. Tapi tak apalah... kita cakap macamana pun perkara macam itu pasti tetap akan berlaku juga. Peringatan bagi orang2 yang suka 'mengambil tanpa kebenaran' atau lebih tepatnya 'mencuri' gambar masakan dan publish di blog sendiri seolah-olah gambar tu dia yang punya, semoga si pencuri tu akan sedar perlakuannya yang salah tu. My laling CM pun dah hantar email bagi warning pun semalam. Lepas ni kepada mereka2 tu semoga faham2 sendirilah ya.
Okeylah, CT tak nak cerita pasal tu lagi. Jadi sebelum menutup bicara, CT nak share resepi untuk penutup minggu ini iaitu Sticky Caramel Chicken Wings yang CT cuba dari Mutiarazura dari MyResepi. Masuk ni dah dua kali CT mencubanya. Memang sedap tambah2 lagi bila dimakan bersama nasi hangat bersama lauk yang sesuai dengannya. Pasti anak2 juga mengemarinya, kalau nak diratah2 begitu pun boleh juga terpulang pada kitalah kan. Terima kasih pada tuan punya resipi mintak halal ya untuk segalanya. Untuk yang berminat nak mencuba juga silakan ya. Sampai jumpa lagi di minggu hadapan, Insya'Allah. Daaa...
Sticky Caramel Chicken Wings
Resipi : Mutiarazura MyR
Di olah : Che CT
Bahan-bahan:
12 keping kepak ayam
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - tumbuk kasar
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan keperangan (bersalut dengan sos).
Nota: Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos seperti hangit dipenghujung tu. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi sedikit melekit dan berkilat macam barbecue chicken. Sedap sangat!

























28 Responses to "Sticky Caramel Chicken Wings"
happy weekend kak CT:)
tu ler kan akak.. mmg menyedihkan hal mcm nie x abis2 berlaku.. haih!! penat rasanya ngan pkara nie.. sedih :(
akak... tgk ayam tu mmg terliur ler.. uwaaaa... nak nangiiis.. naaak ckiiit.... sedaaaaapnya tgk...
adoiii... Ct pagi2 dah mengoda ita.. macam tau2 aje ita suka makan kepak ayam..
nampak sedapnya Ct.. rasa2 memang nak kena cuba jugak ni..
Hrni pun Lin nak masak kepak ayam, semalam beli sekilo, tp nak goreng masak rempah lada hitam... :)
Kalau kat uma ni, kepak tu mesti nak kena potong hujung tu kak Ct, kdg2 rasa sayang nk buang, tp anak2 geli xtau kenapa,katanya klu x buang mcm kepak itik..macam2 aje bdk2 ni...
Respi ni klu makan panas2 shedappp kann...klu dh sejuk, melekit jd keras..
Bagus kak, tak payah le fikirkan sangat hal curi2 tu. Setiap apa yang dilakukan pasti akan mendapat balasan yang tersimpan. Senyum sokmo.
peberet mas selain peha ayam....
terliurnya tengokkkkk.....
nanti nak buatlah, tina copy resepi ye, menu ni sedap makan dgn apa ye kak ct?
menci..menci..menci
kenapalah ku digoda lagi...
menyampah betul dgn kak CT tau...
kan dah meleleh..
bak sini kain lampin nak buat lap air liur
ini yang Rahel suka klu pagi2 dah ada hidangan yang sedap2...bole bayangkan dah cam mane rasanya CW karamel ni...adoih..
nampak berkilat menawan resepi chicken wings Ct kali ini, Amie sampai lewat ni, mesti dah tak ada , tak apalah nampak foto pun dah cukup!
Wow, ni chicken wings sedaaap benar. It's on my to-do recipe list now ^^. Btw, really sorry for that photo stealing. Many of my friends here in Indonesia just experienced about it too (I wish I could write good Bahasa Malaysia :D)
Ayam nya looks..yummyyy.... apalagi liat photo nya k'CT yg cantik memang buat ngeces liat nya, die die must try nih..anak anak memang suka sekali chicken wings.. slurrp
Post a Comment