Pink Velvet Cake

Assalamualaikum... Salam penuh kecerian dan selamat pagi Isnin buat semua. Pagi ni kena up kan sikit mood ceria ye, maklumlah pagi isnin kan. Dah tu awal pagi ni CT bangun badan lemah semacam jer dan macam letihhh sangat. Agak2 kalau bancuh madu + telur untuk diminum, badan ni bertenaga sikit kot... hehehe. Tapi CT tak pernah lagi buat macam tu apalah rasanya kan, saje jer berseloroh. Selalunya kalau letih sangat badan ni, lepas anak2 ke sekolah dan Hubby dah ketempat kerja, CT akan lelapkan mata kejap dalam 1 1/2 jam, lepas tu bila bangun semula barulah rasa segar balik. Biasalah kita ni suri2 rumah tangga, bangun seawal 5.30 pagi dah mula buat kerja dan sampai malam pukul 11 malam baru masuk tidur balik. Memanglah letih, berapa jam jer badan ni dapat rehat. Tu yang bila hari cuti tu kadang-kadang, lepas solat subuh tu, haa... apalagi balas dendamlah bangun sampai matahari naik tinggi sikit... hehehe.

Cerita dah terpesong jauh dah ni, nak cerita pasal menu pagi ni ke matahari pulak sampainya kan. Sebenarnya, resepi hari ni pun ada kena mengena dengan matahari jugak. Semalam masa nak ambik gambar pink velvet cake ni, cahaya matahari dah malap sebab dah nak masuk maghrib dah. So gambar yang awal2 tu dapatlah sket cahaya matahari tapi lepas tu terpaksalah guna teknik cahaya buatan sebab dah gelap. Tapi bagus juga sebab dapat ubah selera tangkap gambar dengan suasana yang lain sket hehe.
Ini kali yang ketiga CT buat kek ni. Tapi yang dua sebelum ni adalah Red Velvet Cake. Yang kali ini CT buat Pink Velvet Cake sebab CT pun suka warna pink hehe. Okeylah, kita terus pada resepi ni yang CT ambil dari blog Hana yang dah selamat melahirkan cahaya mata yang baru pada hari Khamis yang lepas. Semoga kelahiran puteri yang baru akan menambahkan lagi sinar kebahagiaan dalam keluarga Hana. Aminnnn.

Pink Velvet Cake
Suber : Joy of Baking
Terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Di olah : Che CT
Bahan Kek:
250 gm tepung kek *
1/2 sudu kecil garam * (bahan * ayak)
113 gm @ 1/2 cawan butter
160 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
240 ml @ 1 cawan buttermilk
Pewarna Merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting:
250 gm cream cheese
115 gm @ 1 cawan gula kastor
100 gm butter
2 sudu besar susu segar untuk frosting yang agak lembut
Cara-cara:
1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15 minit sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dengan sukatan yang sama.
2. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1 - 2 minit.
4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung).
7. Dalam mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan hingga sebati.
8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan butter dan putar sehingga lembut. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga lembut lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. Potong dan hidangkan.
























72 Responses to "Pink Velvet Cake"
tergodanya. Pasti sedap. Muah.. mesti buat ni.
cantik lah CT terguda sudahhh!
Cabaran ambil gambar mmg lah cahaya kan CT, ita mmg selalu guna natural light masih tak berapa mahir lagi guna flash..
ita suka gambar no 1 CT nampak hidup dan lighting sangat cantik!
cantik, menarik, tertarik...looks so lovely cake velvet tu kak ct..
canteek arr kakk...meh ler sini anto nk rase kek tuu...sy dah kali wat RVC still failed lagikkk...huuhuhuh
Melly pernah buat pake resep nya JOY of Baking juga,tapi tidak dapat warna merah nya, malah jadi warna coklat.cantik k'CT buat cake nya, kalo melly buat pasti Audrey suka karena dia suka warna pink.. Have a nice Monday yah.. ;)
tergoda mas nengoknya...
macam kek kat kedai dah.....
Ya Allah dah cantik dah gambor tu. Selamat merehatkan badan yea.
Bila pandang kek kak terasa tenang dan mendamaikan...cantik sgt2...
Waduh meriahnya pink dia..ala2 gegirl gitu..heheheh
Suke kek tu, sebab krim dia nipis, klu makan musti licinnn..sbb kita klu makan kek krim ni, ada kang krimnya kat tepi pinggan..hehehhe
*haii bila la oven nk sampai nie, lama dh x baking2 nie..huhuhu
amboi comelnya sweet pink. cemana kek ni kak? sedap gebu n tak padat ye? sebab kadang2 ada juga kawan2 bersungut ada kek velvet ni agak padat. tapi nampak elok je tu. tapi saya pun suke pink. sweett pink. kan
cantik kek dan gebu lagi..
Cantiknya kak!!!!
Tangkap lentok habesss tgk cake ni..adehhhh...mesti buat jg ni....
terlewat lagi sampei...klu ada lagi kek tu..Rahel nak baring tepi kek tu...bole halau langau...hihihi..
Cantek sangat kaler kek tu Kak Ct..
Salam bundo..alahai ct masih keras lagi bab2 nak deco kek ni bundo. ni pun deco alah kadar jer mana yang termampu. Tapi hasli kek velvet ni memang yang terbaik buat ct. pasti akan menyusul lagi dan lagi..insya'Allah
silakan cuba bundo kalau suka, mesti bundo dan anak2 suka rasanya :)
Salam Sue.. mesilah tergoda sebab kek kaler pink..nasib baik bukan merah lagi kan..hihihi.
suka..!..gi buat..hahaha
Salam Ita...alahhh cikgu dah datang seganlah kita..hihi. I Like pink colour ..hihi
Terima kasih Ita...ct masih kena belajar lagi ni dengan Hubby, kalau Hubby tu dah pro bab2 amik gambar ni. Selalunya memang cahaya itu perlu. tapi kadang2 bila cahaya tak cukup kita kena pandai mengunakan apa saja yang ada untuk menampakkan gambar itu nampak macam hidup.
kalau ada jodoh nanti kita berguru sama eh Ita..hihi
Wa'salam Ady...tq so much. yalah masa nak buat kek velvet ni ni pun kena hilangkan mood2 yang boleh buat hati ku kecewa baru boleh jadi kek dengan jayanya..hihihi
sudah semestinya dah nama pun resipi red velvet cake kan. kiranya ni sepupu dialah Ady..hihihi
Salam Kak Paty... lahh siannya kenapa kak Paty selalu tak dapat tengok gambar2 ct. agaknya ada masalah tu kot. Tak apalah asal kak Paty sudi singgah Dapur CT..Alhamdulillah terima kasih ya kak Paty..muahhh!
Salam kak Anim, meh kak kita huluq2 piring. ct nak roti kak Anim 4 ketul tak pun kasi ct menang hadiah bertuah tu ya kak annim...hehehe
Kak..velvet cake ni memang sedap. ct dah 3 kali buat masih terasa2 sedapnya ni kakkk..buatlah pastu anto kat ct 2 potong pulak eh..hehehe
Salam Mimie..hahaha..ada2 jer Miie ni. yalah Pink Valvet Ckae betul juga tu. Tapi yang ni rasanya lembut, kalau PVC tu kunyah harus patah gigi tu kang..hehehe
Mimie cuba jer. dulu mula2 k.ct buat atasnya ada merekah sedikit. tapi tak kisah tu kita boleh potong sebab nak bagi ratakan. kali keuda menjadi dengan jayanya. Dan ketiga..Alhamdulillah yang penting kena ikut step by step resipi tu mesti jadi dengan sempurna..silakan mnecuba :)
Selamat petang Melly, yalah time cuti2 memang dinanti Melly. Tambah2 lagi kalau anak cuti sekolah. Tapi bangun nya pagi jugak sebab Hubby mahu ke tepat kerja. mahu nggak mahu kena bangun juga awalnya siapkan bf segala..hihi
Melly..cubalah buat macam k.ct kaler PINK pasti Audrey suka banget nampak so sweet gitu..hihi
Salam Mas, terima kasih Mas..alahhh kedai lagi cantik Mas..hihihi ni kira deco alah2 blogger dirumah jer. Tapikan kalau k.ct buat anto kat kedai laku tak Mas..hahaha. adoiii..ada2 jer k.ct erk
Mas..nanti nak cuba buat kek gula hangus tu..lama dah teringin tapi baru ni seru macam meluap2 nak buat. Nanti dah buat k.ct bagi tau Mas eh.. :)
Wa'salam Sam, terima kasih ya sam. Tak nak mencuba ker..kek popular ni Sam lembut jer rasanya, cubalahhh :)
Salam Azie, terima kasih sudi singgah Dapur CT. Untuk ambil gambar2 dalam blog Dapur CT ni, CT guna kamera Hubby jer. Brand Canon EOS 40D bersama lens EF 50mm f/1.8 atau EF 28-70mm f/2.8 L USM.
sebelum2 ni gambar2 ct hanya guna kamera Nikon Coolpik L16. yang tu dah lama rosak. Tapi dengan kamera Canon dan lens Hubby ni ct amat puas hati sangat. sebab gambar sharp dan cantik.
cantiknya kek ni, kak ct buat 3 lapisan tu adunan kaler dari pudar ke terang ye, cantik sangat
Salam Rohah, Oh..kat FB tu Mesra Selera Rohah lah ya.. hehehe. Itulah kan kalau guna nama lain ni payah nak kenal kalau dah masuk blog baru tahu kan Rohah. terima kasih sudi meluangkan masa singgah Blog Dapur CT ya.
Kek Valvet ni k.ct buat ton jadi tu yang nampak berlainan sikit kaler diakan. Tak ingin menucba ker..silakan ya :)
Salam Kama, warna2 lembut ni sememangnya memang indah dan sejuk mata memandang. Tapi kalau sesekali guna warna2 terang lagi tambah ceria jadinya.
K.ct memnag suka bermain dengan kaler2 ni. sesekali mencuba apa salanya..betul tak :)
Selamat petang Nonie, velvet cake seua orang suka makan. kalau nak beli jer sepotong dah berapa RM dah Nonie. Jadi kita yang ada kemahiran ni kenalah merajinkan diri. Sesekali nak makan kenalah buat..kan.
Oh..yang itu eh,muffin stand tu..hihihi. orang bagi tu Nonie..hihi. k.ct pun suka cute sangat. tu yang dapat idea letak dalam tu *wink*
Wa'salam Lin cayanggg..haha.. itulah kalau dah kena penangan Pink nilah dapatnya. Nasib baik bukan pepel kan...hehehe. Tapi sesekali kalau buat kek kaler pepel lagi meletop! Lin..hehehe
Yalah..k.ct pun tak suka sangat guna buttercream yang tebal2 tu. Yang ni pun guna creamcheese sebab anak2 suka perasa tu berbanding yang biasa orang buat Lin.
Cepatlah usha2 En Sabar beli cepat2 oven dah nak raya ni.. (CNY)..hehehe
Salam Ayu, tergoda aku tergoda kerana pandangan pertama..dari Velvet cakeeee..hehehe. Lagu apa pulak ni erk.
Ayu kalau dah rasa tergoda kenalah cuba...senang kalau kita ikut step2 resipi tu. cubalah ya pasti lepas makan lagi tergoda :)
Wa'salam Izah cayanggg..suak pink juga ehh..kena usaha lebih2 tau nanti kompom dapat baby girl macam hana tu..hahaha
Okey jer k.ct buat velvet cake ni Izah. dah 3 kali buat kelembutannya memang terasa. agaknya yang padat tu, masa potong belum lembut kot. Selalunya kek ni disimpan dalam peti ais dan biarkan pada suhu bilik baru sedap makan Izah. Dah pernah buat ke belum ni..? kalau belum memang kena cuba pastu boleh berniaga kek velvet pulak..hehehe
Cantik belaka gambar2 yg Ct ambil ni...suka tengok, sesuai kalau utk majalah . gambar ni buat RVC tu nampak lagi menyerlah ...lembut warnanya...cantik...
Salam Hana, terima kasih sudi singgah dapur CT ya. Meramaikan dan memeriahkan Dapur CT amat2 dihargai. semoga kita akan terus berkongsi ilmu masakan yang ada bersama2 ya.
Terima kasih..kek ni memang lembut :)
Salam Ira, lamanya menyepi. harap Ira sihat2 ya. Masak apa hari ni Ira :)
Wa'salam Wan..hihihi Jom kita lentok sama2 ya Wan. Sambil lentok sambil makan velvet cake ni..hihi
Jom..jangan tunggu sampai lama2 terus jer buat bahan2 mesti dah ada kat dapur tu kan Wan :)
Salam Mas, k.ct pun suka dan geram juga ni Mas..hehehe. Lain kali nak buat lagi dan lagi sebab sedap :)
Salam Kak Wan, alahhh malunya sifu datang tengok hasil kerja tangan yang keras ni. ct masih tak mahir dalam bab menghias kek ni, nanti nak selongkar lagi blog Kak Wan cari sumber yang boleh ct pelajari ya Kak Wan, mintak halal :)
CT suka tengok hasil tangan Kak Wan, sangat cantik. kalau masuk blog Kak Wan lambat betul nak gerak kemana2..hihi
Salam Tun..meh sini nganga mulut besar2 k.ct nak suap kek ni..aahhhh..ngapp! hihihi
Salam k.Noor, comel semacam tuannya juga ni..hihi
Terima kasih Zue, suam2 kuku dah ya. sebab ada candle light tu kot tu yang rasa suam2 hangat pun ya ..hehe
Salam Nuril..mana menghilang ni lama tak muncul..hihi. moga sihat2 ya dah makan ke belu ni. Nanti tunggu k.ct datang abwak kek ni eh :)
Salam Ct cayangg..terima kasih alahh pink untuk k.ct yang berusia ni taklah secomel anak2 yang pakai gaun pink CT..hehehe.
Tulah kan kalau nampak anak2 kecik pakai baju pink ni geram semacam jer. Tu yang tak ada anak kecik k.ct dapat pakai baju pink jadi ler..hehehe
kek ni saje jer buat CT, sebab k.ct suka RVC ni. senang nak buat dan cepat nak sediakannya. saje jer suka2 CT ta ada yang special pun :)
Salam kak Cek, muahhh! hahaha adik kak cek ni peminat pink sebenarnya. meh sini kak cek ct suapkan kek. Tapi kek dah habis dah..yang tinggal dalam muffin tu jer,kek jugalah kan..hihihi
tunggu depan pagar kak cek ct suh budak hantar eh..hihihi.
Salam Rahel cayangg...hahaha lawak betul lah Rahel ni. langau memang suka yang manis2 kan Rahel. meh sini kita main suap2 kek ya..hihihi
Tapi kek dah habis yang tinggal dalam acuan muffin tu jer 4 ketul..hihi
Wa'salam Sha..k.ct bukan anak dara ker Saha..erkk..mak dara eh, lupalah..hehehe.
Sha masa amik gamabr kek ni kan situasi sama lebih kurang macam Sha gak. dok siap suluh2 kat balkoni, nasiblah jiran2 ker orang bujang depan rumah tu nak tengok atau nak ngendap gasaklah dah tak daya nak selindung2 lagi ni Sha..hehehe
Wa'sala kak Ummi cayangg..semalam k panas terik kak. Tu yang kena tunggu redup baru boleh amik gambar. kalau tak mahu mencair buttercream tu nanti..hahaha. Masa amik gambar ni pun dah pukul 7mlm dah. tu yang siap sedia apa kemungkinan jer kak..haha.
Merah tu cat kaler dalam rumah nampak terang dan gairah sikit kak Ummi..hahaha Pink tu warna kesukaan ct jadi tu yang main deco2 ubah sana sini jadi ler macam tu :)
dah okey ker pinggan t kak Ummi, jangan lupa makan jamu Mak dara tau..hahaha
Salam Tina, Yup! pandai Tina. A'ah k.ct tak masukkan koko dan pewarna merah. jadi masa adun tu kena bagi sama rata dan letak ton tu dari warna terang ke warna pudar. jadi senang nak balancekan warna pink tu..macam tu jer :)
k.ct tau dah Tina mesti akan cakap macam tu..hihihi suka eh kaler pink :)
Salam Yatie. sweet for ever dengan pink colour ni Yatie..hehehe. entah kenapa suka kaler lembut2 macam ni nampak damai jer. Rasanya Yatie dah buat yang cupcake kan. K.ct pun nak cuba buat yang dalam cup tu jadi nampak banyak sikit kan.
Tapi sesekali k.ct nak gak guna warna2 yang terang kasi ceria pulak asik nak damai jer nak gak jadi garang2 sikit..hehehe
Wa'salam Mamasya, terima kasih. Ini hasil yang dapat ct berikan untuk dikongsikan bersama teman2 Dapur CT. kalau ada yang suka pada hasil kek dan gambarnya..Alhamdulillah.
Sesekali mencuba yang baru apa salahnya kan Mamasya :)
just found your space..love your space..
excellent posts with stunning cliks..
Am your proud follower now..:)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite
Wa'salam Nieza..dah habis diakan ni Nieza. Jadi nak sayang pun dah kira terlewat dah..hihi.
Apa pun memang k.ct sengaja buat pink kaler sebab I like pink too..hehehe
Post a Comment