Pengat Kacang Hijau bersama Durian

Assalamualaikum... Salam pagi Jumaat dan selamat pagi buat semua yang menyinggah ke halaman Dapur CT. Alhamdulillah... Subuh tadi seawal 5 pagi, hujan sekejap walau pun tak lama terasa sejuk macam nak tarik selimut aje rasanya. Bila kenangkan anak2 dan suami gagahkan juga badan untuk bangun hehe. Okeylah, terus kepada resepi hari ni, Pengat kacang hijau durian yang dah selamat kami santap. Oleh kerana tak tahan dengan bau durian yang begitu menyengat lubang hidung CT, cepat2 CT buat bubur atau pengat durian ni. Anak2 CT semua suka durian kecuali yang bongsu Haqim jer yang memang tak gemar langsung dengan durian ni. CT dan My laling CM pun tak "berapa" suka juga makan buah durian ni. Agaknya dulu2 dah puas makan durian kot, sebab tu sekarang macam dah tak boleh terima dah... Tapi kalau dibuat bubur atau pengat boleh pulak masuk mulut... hehehe. Tapi tak banyaklah cukup buat rasa2 jer buat hilangkan gian merasa RAJA segala buah ni.

Selalunya CT memang suka makan pengat durian ni dicecah dengan roti jer. Kalau ratah2 gitu macam kurang kick pulak. Kalau MIL pulak dia suka buat serawa durian dan dimakan bersama biskut lemak atau disapu pada roti. Lama juga CT tak makan sejak berhijrah ke KL ni. Nak buat sendiri... MALAS yang amat... hehehe. Nak yang MIL buat sebab sedap sangat macam terbayang2 pulak ada depan mata serawa durian ni... hehehe. "MAK... buatkan saya serawa durian boleh tak...!" hehehe. Harap2 MIL dengar rintihan menantu dia ni kan, dapat juga merasa atau bawak balik ke KL nanti... hahaha.
Amboiiii... Dah panjang pulak celoteh pagi2 ni. Nak memasak pengat ni mudah dan senang sangat. Semua pun dah pandai buat agaknya. Tapi CT letak jugalah kot2 ada yang tak pernah lagi mencuba dan tergerak nak buat. Maklumlah musim durian masih bersisa lagi kan. Okey... kita terus pada resipi udahlah ya. Daaa...
Pengat Kacang Hijau bersama Durian
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
1 cawan kacang hijau
6 ulas durian
200 ml santan pekat
6 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul
Sedikit garam
Cara-cara :
1. Bersihkan kacang hijau dan rendamkan di dalam air selama 1/2 jam.( Untuk mempercepatkan proses merebus kacang hijau agar cepat empuk)
2. Kemudian masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga separuh masak. Tambah kan air jika perlu dan tuangkan santan, gula merah, gula pasir dan daun pandan yang telah disimpul.
3. Guna api sederhana saja. Gaulkan hingga gula larut.4. Selepas itu, masukkan durian. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah dan didihkan pada api sederhana.
5. Bila sudah mendidih tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan. Boleh juga makan bersama roti putih yang dipotong2. Selamat mencuba :)

























40 Responses to "Pengat Kacang Hijau bersama Durian"
Wa'salam Nieza, k.ct ni setakat beli sepeket dua tu doyan ni okelah Nieza mankan buat rasa2 jer. Kalau nak beli berbiji2 tu memang tak ungkinlah..hehehe
Selalunya macam tulah kan, makan mentah2 ni k.ct ada kurangnya. Kalau dah buat bubur ni okeylah masih boleh lagi terima Nieza :)
Salam Pagi CT, k.ct buat dah petang ni CT. Kalau buat pagi2 macam tak sempat nak shoot bagai..hehehe. Kira bila pagi tu tinggal nak angat jer. Jadi taklah kelam kabut jadinya..hehehe
Selera masing2 memang berbezakan. dulu2 k.ct suka sangat makan. lor ni jer tekak dah ber'usia'kan macam payah dah nak masuk..hehehe
musim durian sekarang ni kan..macam-macam boleh buat dengan buah durian
bubur kacang hijau nih fav nya my hubby, anak anak di rumah malah ngga suka makan nya, kalo buat hanya unutk kami berdua aja, buat nya juga cuma sedikit,cukup unutk di makan berdua.
Happy weekend yah kak.. ;)
Amboi amboi ...... terliur Nina dibuatnyer. Pepagi Kak CT dah tayang pengat kacang durian nyer ;)
Nina paling suka serawa durian. Memang makan tak pandang kiri kanan kalau dapat + cecah ngan roti. Hubby sebelah pun Nina tak heran. Ahaks!!
hubby saya suke bubur gini. atau apa2 menu letak durian. suke aje dia
Tengok CT punya rasa nak buat lagi je.
Okey big boss, bubur tak ada doyan..siap satu! hihi. Ni mesti tak suka doyan buat pengat kan :)
Hai Melly..selamat pagi udah subuh ni baru sempat balas komennya. Ni kira laju sikit internet dirumah..hihi
anaknya juga nggak suka kacang hijau dibuat bubur ya. anak2 k.ct ada yang suka, tapi enggak banyak makan kacangnya. sekadar buat rasa2 aje Melly. Tapi kalau kuahnya penuh semangkuk..hihi
happy holiday Melly !
Salam Kak Ina, kalau durian buat pengat memang sedap juga lawan dengan roti jala ya kak. Tapi kalau dekat rumah masing2 tak suka. kalau cecah kuah kari u laju jer.. :)
Salam Yatie, yalah..kalau dulu2 beli durian ni mesti nak cari isi yang tebal dan sedap. Bila dapat ruas yang besar berebut2 nak amik kan...hihi
Yalah macam2 yang diberi nama, kucing tidolah besar gengam tangan lelakilah..hahaha. Tapi sekarang mahal dah kan kalau isi besar2 ni. siap kacuk lagi pun ada :)
Salam Lily..jangan sampai nak nangis2 kesian Lily..hihi. bubur dah habis dah ni. durian banyak lagi tu masih dijual sana sini. Kat kuatan ada lagikan..haaa gi beli buat lebih2 eh...hihi
Wa'salam Nina maniss..hisss berat dah ni kes nak makan soran2 lah ni sampai suami pun tak pandang lagi dah erk..hahaha
k.ct pun suka serawa, nak2 air tangan MIL suka makan dengan biskut lemak..sukanyaaa..yum..yumm
Wa'sla kak ummi intan payungggg..hihi ni pun kes nak mintak masakan ayam shsh jahan ni kak..hahaha. nanti nak cuba kot2 boleh sampai Taj Mahal nanti..hehe
ct pun kadang2 tak suka letak durian kak, suka yang plain gitu.apapun bubur dah habis, tunggu next time punya durianlah ya :) muahhh!
Salam Liza, selalunya ct ni jarang nak buat pengat. Ini kes nak cepat2 dihabiskan durian yang dibeli 2 peket kecik tu..adoii baunya kuat sangat buat pening kepala..hihi
masak apa hari ni ya..Selamat bercuti2 ya Liza :)
Salam Izah..hehehe saje jer nak bermanja2an dengan MIL jangan jelez ya Jah..hehehe
Kalau tahu suka bubur durian, lain kali boleh buat banyak2 anto kat umah Jah :)
Sala Aishah..yalah pengat@bubur ni sipa yang tak gemar makan, seuanya suka. Cuma kalau dimasak tu diubah2 mengikut selera aje.
Salam kak..a'ah..kak cakap macam tu teringat air batu kacang emm sedapnya..hihi.
kekadang ct pun letak dalam peti ais gak kalau tak habis, bila kuah dah pekat baru makan colek dengan roti memang sedap sebab sejuk hihi
Wa'salam Sha, k.ct buat ni pun sebab anak dara nak makan durian. last2 makan 2 ulas lebihnya tinggal jer. kes nak cepat habis tu yang buat bubur ni sha. kalau tidak emm..bilalah nak habis pun tak tahu durian tu :)
Salam kak cek cayanggg...kak lain kali kalau ct buat ubur durian, meh datang rumah tolong kasi habis..hehehe
sambil tu boleh makan dengan muffin yang montok2 tu sekali ya kak cek..geram tengok gebu betul :)
Salam kakna,nak dihulur rasa malu sebab dah basuh semua periuk belanga kak..hehehe
Nanti kakna buat ct pulak mintak semangkuk ya :)
selamat soray..ya udah habis ni. Tapi sekali2 akan emang enak kan..tambah2 bagi yang emang gemar lagi sedap dimakan gitu2 aje :)
Salam QH..terima kasih sudi singgah Dapur CT. menu biasa2 tapi dah lama tak buat, tu yang nak cepat2 habiskan durian ct buatkan bubur jer..lakulah sikit :)
Salam Rahel cayanggg..baru sempat singga ya..mari2 ada bawak buah tangan nggak..hehehe. lain kali datangnya bawak sekali kek atau kuih boleh makan sama k.ct ya..hehehe
sori yangg..udah habis buburnya, lain kali cepat2 datang, bisa dapat rasa buburnya :)
enak banget nih! adeeehhh....Amie suka sejukkan dulu dalam peti ais lepas tu makan cicah roti! kenyang, sedap...dan boleh makan berkali-kali tak payah makan nasi!
Selamat pagi Amie..yalah kan. kadang2 kalau ada berbaki tu ct pun buat macam tu. Tapi lagi sedap buat macam air batu malaysia tu..emm..nyonyot sejuk2 dalam cuaca panas..emmm enak deh..hahaha
Post a Comment