Nasi Hujan Panas

Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat teman2 tersayang Dapur CT. Bagaimana cuaca pagi ni, cerah atau mendung... cuba jeling2 luar tingkap sekejap, hujan ke panas? Yang pasti, hujan ke, panas ke, menu ni tetap sesuai... iaitu nasi hujan panas. Tapi kena bagitau dulu, jangan di mintak sebab nasi ni dah habis dah.. hehehe. Sebelum2 ni banyak kali juga CT buat menu ni, tapi tak sempat nak amik gambar. Kali ni CT sempatkan untuk dipublishkan di dapur CT.
Merata-rata CT tengok resipi ni mengunakan beras basmathi, CT pulak tak ada simpan beras basmati kat rumah, sebab jarang sangat2 masak nasi mengunakan beras basmathi. Jadi CT masak nasi ni mengunakan beras wangi jer, dan hasilnya masih tetap lembut dan sedap juga. Tambah sedap pula digandingkan bersama lauk Ayam Merah Tomato resipi dari Kak Ummi dan CT buatkan lagi acar mentah. Memang sedap makan, sambil melayan anak2 yang ada dirumah sempena cuti sekolah CNY. Tak membuang masa lagi, jom kita semak resipi kat bawah ye. Kalau ada yang teringin nak mencuba silakan ye, semoga hidangan ini menjadi kegemaran ahli keluarga tersayang. Daaa.....

Nasi Hujan Panas
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
4 cawan beras wangi
Air secukupnya (sukatan air mengikut jenis beras yg diguna)
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak / minyak jagung
1 biji bawang besar - dimayang halus
3 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Sedikit garam
1 kiub ayam
Rempah 4 beradik
2 helai daun pandan - disimpul
Pewarna hijau, kuning dan merah
Cara-cara :
1. Basuh beras dan toskan beras.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak dalam periuk rice cooker.
3. Masukkan rempah 4 beradik bersama bawang besar, bawang putih, halia yang dimayang bersama daun pandan, goreng sehingga wangi. Kemudian masukkan kiub ayam kacau rata sebentar.
4. Kemudian masukkan beras dan secubit garam dan kacau lagi.5. Masukkan air secukupnya dan masak nasi macam biasa.
6. Bila nasi hampir kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna. (jangan lupa tutup balik periuk rice cooker ya).
7. Tunggu sehingga nasi betul2 masak dan gemburkan dengan garfu sebelum dihidangkan.

Acar Mentah
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
1 batang timun segar - potong memanjang
1 batang carrot - potong memanjang
1 biji nenas masak - potong dadu kecil
1 batang lada merah - belah dua dan buang bijinya
2 sudu besar cuka / boleh ganti dengan jus limau nipis
3 sudu besar gula pasir
sedikit garam
Cara-cara :
Satukan semua bahan2 dan kacau rata2 semuanya. Masukkan dalam bekas sesuai, tutup dan masukkan dalam peti sejuk lebihkan 1/2 jam sebelum dihidangkan. Selamat mencuba :)

Ayam Merah Tomato
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
2 biji tomato - didadu kecil
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar pes tomato
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
1/4 cawan air
garam secukup rasa
minyak secukupnya
Bahan Kisar :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan Tumis :
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
Cara Memasak:
1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.























27 Responses to "Nasi Hujan Panas"
Salam pagi Kak Paty.. kak nak tinggalkan pinggan boleh, tapi nak tinggalkan nasi dah habislah...hihihi maaf ya :)
Nampak gayanya ct kenalah tumpang makan pulak kek chocolat kat rumah Kak Paty jer ari ni..ada lagi kannn :)
Salam pagi Emma...ni kira nasi sebelum hujan sediakan payung ni Emma...hehehe
Sebelaum perut rasa lapar kenalah jamu2 mata dulu..hehehe
Wa'salam Puan Rose, yalah kak. tak kisahlah cuaca panas atau hujan, yang penting hidangan yang kita sediakan keluarga suka dan habis dimakan.
ct pun sebab teringin nak makan ni kak, tu yang masak :)
tergoda lagi.. dari rumah kak ummi nampak lempeng singah sini nasik hujan panas lah pulak!
adoii... lapar lah pulak perut ni..
tapaw kan sikit Ct nak bawak bekal gi hantar anak balik jap lagi.. hihi boleh kan??
Aduyaiiii ~~~~ pepagi dah terliur tengok Nasi Hujan panas ...
Huhuhuuuu .....
sedih nyer dah habis tinggal pinggan ajer. Nanti buat lagi Nina nak sepinggan ehhh. Ayam kasi lebih tau! Ahaks ..
Hehee . . .
Kak Ct tolong doakan yea agar dipermudahkan untuk saya menyediakan juadah2 di atas pada hari ahad ni. Tq
perut lapar terus nih, sedap nya kalo ada nasi ini lengkap dengan ayam tomato dan acar nya..slurrp
Tasty Appetite
gambar sayur lemak pucuk ubi kat bawah tu cantik lah.....ada sambal belacan dg ulam...confirm ni kalau mkn bertambah...
Salam Gee, ct buat tak banyak pun nasi ni, cukup2 untuk kami anak beranak jer. Biasalah kalau semua ada kat rumah makan ni tak kira waktu. siapa rasa lapar dia makan dulu..hehehe. Tapi yang bestnya bila makan ramai2 nasi yang banyak rasa macam tak cukup jer kan :)
Wa'salam Ita..nak anto anak pulak dah...camana nak tapau kan ni. CT letak dalam mangkuk tingkat jerlah ya..kot2 tak sedap jangan komplen eh..hehehe
okey Ita hati2 dalam perjalanan, semoga dipermudahkan segalanya. rehat dulu jika badan letih ya :)
Wa'salam Nina, tulah dia tak datanga wal2 jadinya dapat tengok pinggan kosong jerlah ya.. hehehe
gi lah masak, senang jer tu. kenyit mata sebelah pun dah boleh jadi dah..hehehe
Salam Sam..insya'Allah..semoga dipermudahkan segala2nya. tak nak jemput k.ct datang rumah juga ker Sam..hihi
Salam Kak Ummi cayangg..ya kak resipi ayam emerah tu ct amik kat blog kak Ummi. Tu lah banyak sangat masak sampai lupa mana satu erk kak..hehehe
Tak apa janji ct dapat makan lempeng kelapa jadi ler dari jilat tapak tangan..hahaha
Salam Ida, k.ct pun macam tu gak Ida. Kiranya nasi ni dah banyak kali juga buat. Baru ni sempat nak amik gambar dan kongsikan dalam Dapur CT :)
Hai Melly..oh ujan hari2 ya. payah juga kalau macam itu ya Melly. kalau k.ct hari ujan bimbang kain bajunya jadi bau enggak enak aja..hehehe
Tapi syukurlah ada juga hujan, dari kepanasan terus2an kan. KL ni sekejap hujan sekejap panas..duduk dalam rumah rasa macam duduk sebelah oven ni ..panas Melly..hihihi
Salam Ayu...terima kasih jika sudi mencuba. seoga menjadi hidangan istimewa buat keluarga tersayang ya :)
Hai Jay...Thank you visiting my Blog Dapur CT. Malay cuisine is a lot of spices to use and very colorful :)
Wa'sala Mamasya..hidangan ni sebagai pelengkap menu untuk hidangan insan2 tersayang dirumah, maklumlah cuti2 kan. sesekali makan macam ni bolelah Mamasya.. kalau nak hari2 rasa berat badan ni makin nask kot nanti..hihi
Post a Comment