Muffin Pisang

Assalamualaikum... salam sayang buat semua pengunjung dapur CT. Semoga kita semua sihat sejahtera dan dapat terus merempit di dapur untuk keluarga yang tersayang hehe. Untuk pagi ni, CT nak kongsikan resepi muffin pisang. CT suka sangat kek atau muffin yang menggunakan pisang sebagai bahan asasnya. Teringat dulu-dulu masa CT masih duduk kat Johor Bahru, CT suka sangat bila sedara sebelah my Laling datang dari KL sebab dorang akan bawak kek pisang sebagai buah tangan. Semenjak dari situlah CT terus suka dengan kek pisang. Sekarang ni bila dah pandai membaking dapatlah CT buat sendiri dan tak payah nak membeli yang dijual di luar tu. Hasil buatan sendiri lebih sedap, lebih terjamin kebersihannya dan lebih puashati betul tak hehe.

Berbalik kepada resepi pagi ni, CT nak ucapkan terima kasih pada Ros yang sudi berkongsi resipi muffin pisang ni. Mas Duniaku dan Izah IML juga dah buat resipi muffin pisang dari Ros juga. Seandainya ada yang terkurang atau terlebih tu harap maaflah ya. Resipi ni CT copy paste dari Blog Ros Jintanmanis, izinkan K.CT panjangkan lagi dalam Dapur CT ya Ros. Kepada yang gemarkan kek atau muffin berasaskan pisang bolehlah mencuba ya. Daaa....
Muffin Pisang
Sumber: Ros Jintanmanis
Di olah : Che CT
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 1/3 cawan gula
2 biji pisang yang ranum
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur (CT guna telur gred A)
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen pisang
kepingan badam untuk hiasan
Cara-cara :
1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (agak2 dalam 1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.
Nota : CT panaskan oven 200'C selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan turunkan suhu 180'C dan CT bakar selama 30 minit (ikut ragam oven masing2 lah ya).

























32 Responses to "Muffin Pisang"
sedapnyer la mapin pisang.. tun mmg suka makan kek/mapin pisang ni. comel2 je mapin akak. geram tun nengok.
Salam Tun..Haa..Tun pun kata betul memang sedap kek atau apa jer yang berasaskan pisang kan Tun. Setiap kali beli pisang kena sorok dulu kalau tak memang habis dimakan dewngan anak :)
Wa'salam Noor, yalah kita terpandang bingka pisang kat blog Noor semalam. Tu yang terus mengodak kat dapur. Tapi tak buat bingka ct buat muffin jer..hihi
Salam Izah, oh ya ker..okey2 nanti k.ct tag nama kat sini ya. sedapkan Izah sungguh asyik bila makan lembut sangat2. simpan stok pisang lebih sikit minggu ni. Nak makan pisang jer hari2..hehehe
Salam Seri..oh mesti ramai yang dah mencuba resipi ni kan. K.ct jer yang sering ketinggalan..hihihi. apa pun terima kasih sebab sudi memanjangkan resipi ni ya Seri. K.ct pun suka lembut walau dah 2 hari membuatnya :)
Sampai ke JB bau muffin pisang ni..dan kebetulan pulak sama bekfes kita pg ni, tp kita beli je, kek pisang yg rm5 tu..kekekek
*tggu oven x sampai2 ni, kumpul2 respi dulu le nampak gayanya..huhuhu
Wa'salam Liza, hihihi..sesekali kasi liza kecur2 tak apalah kan. Buatan tangan sendiri pun sedap juga ni. Tu yang tak beli lagi kek pisang kat giant dah Liza..hihi
Tapi teringin nak mintak coklat buatan Liza tu, sedap yang amat. ct ni memang suka makan coklat :)
Wa'salam Lin, senang jer bf pagi ni kan. kalau tak sempat buat beli jer yang penting RM dah keluar..hehehe
Lin, kalau tak ada oven boleh juga dikukus kek pisang ni. lagi mois kek tu cubalah Lin :)
naz pun suka kek2 pisang ni. Naz pun ada 2 entry kek pisang yg tak sempat di update lagi.. Sibuk lah skrg kak Ct.. Tak sempat sgt nak mengadap lappy selalu lately..
hmm teringin ambil muffin nya k'CT buat teman minum teh pagi ini. hehe
Suka tgk mapin pisang akak, comel...
rindu jugak ngan mufin pisang..tapi belum buat lagi..tumpang makan ngan Kak Ct je dulu..bole? hehe..
Mcm nak ambil je.. mcm cerita dream of Jenny pejam mata semua blh dpt...
Kenapalah akak buat asyik tak jadi je?????
kita terlepas si pink velvet.. cantik sekali.. sweet looking.. yg banana muffin also pwetty.. suka all the pics!
Post a Comment