Cheese Muffin

Assalamualaikum... Salam ceria dan salam sayang buat semua pengunjung setia Dapur CT. Hari ini CT nak share satu resipi hasil google di internet. Resipi Cheese Muffin dari Sexy Chef yang resipinya dalam bahasa Indonesia dan CT alih bahasanya ke bahasa Malaysia kita. Bahasa Indonesia ni walaupun ada perkataannya yang sedikit berbeza dari bahasa kita tapi jika dibaca 2-3 kali boleh diteka apa perkataan seertinya dalam bahasa Malaysia. Cuma kadang2 tu bila betul2 tak tahu, CT akan search kat Google Translate lah.... hehehe.
Resipi kali ini ialah Cheese Muffin yan CT suka sangat sebab lembut didalam nya. Masa bakar pun harum bau cheese tu semerbak satu rumah... wangiiii... Separuh lagi CT taburkan choc chip diatasnya tembah sedap gabungan cheese didalam chocolate diluar. Acuan yang CT gunakan pula adalah pemberian seorang kakak yang sangat baik hati. Suaranya yang CT dengar di talian HP CT lemak2 manja gitu, buat hati sesiapa yang mendengarnya pasti terpikat dan mungkin menyangka kakak ni masih lagi anak dara... hehehe. Siapa lagi kalau bukan Kak Cik Cek-Kitchen is my world yang pandai memasak dan hasil tangan beliau amat2 CT suka. Tunggu masa jer nak mencuba hasil masakan dari Kak Cek ni satu hari nanti. Acuan muffin ni dah lama CT simpan baru hari ini CT merasmikannya. Terima kasih ya Kak Cek cayang terharu sebenarnya masa tu. CT anggap pemberian dari Kak Cek ni sebagai hadiah istimewa dihari jadi CT masa tu... hehehe.

Okey berbalik pada resipi ni yang tak dapat CT nak copypaste dari resepi asal sebab terpaksa buat alih bahasa dan sedikit pengubahan dan penambahan... CT juga guna gula 3 sudu besar gula kastor sebab tak mahu terlalu manis, kalau yang suka lebih rasa manis bolehlah ditambah sedikit lagi ye. Yang CT buat ni rasa manis2 buah jer. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ya. Selamat mencuba... Daaa.....
Cheese Muffin
Resipi : Sexy Chef
Diolah : Che CT
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
1. Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
2. Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
6. Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.
NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang kita ada hanyalah satu percubaan, cabaran dan hanya sementara. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."























46 Responses to "Cheese Muffin"
curi sebiji..he3
Bestnya. Tapi la ni bila buat muffin asyik tak jadi je. tensen betul
Wa'salam Nieza, acuan ni memang bukak dia kecik molek Nieza. sebab tulah bila dibakar bentuknya pun kecik molek juga macam badan k.ct..hahaha
Wa'salam CT cayangg.. betul kan apa yang k.ct cakap. suara kak cek memang merdu siapa sangka betl tak..hihihi. k.ct pun sekali jer dengar suara kak cek ni lama jugalah berbual masa tu..hihi
muffin ni kalau nak kasi naik membukit senang jer CT. mula2 tu panaskan oven tinggi dalam 200C. pastu bila dah masukkan adunan tu turunkan sikit suhu tu pasti membukitlah jadinya :)
Salam pagi ibu makyong.hihi. cukup ker sebiji tu Mas. nak makan 2 orang tu. k.ct kasi lebih lah ya..hehe
Wa'salam Kak Sam...kenapa boleh tak jadi. mesti ada yang silap kot..hehehe. kadang2 ct buat tu ada juga yang leper Kak Sam. tapi tak kisahlah asal muffin tu lembut dan sedap okeylah tu :)
Salam pagi yang ceria Gee, meh duduk dengan ct kita sembang2 sambil akan muffin cheese yok :)
wah2 comel2 jer muffin nih.. dh la jue sekarang sessi mcuba resepi muffin.. ni yg buat jue nk mcuba resepi akak ni.
Nowadays semenjak Sonia school Rima bertagak a few hrs kat luar.. Ni tengah kat Starbucks n surfing.. Get to BW sikit.. Ur muffins cute mute.. Nice mould n nice kejadiannye!
geramnya tngk muffin yg cantik ni..comel betullah...tak sabar nak buat ni..tq kak berkongsi resepi..
COMELNYE CHEESE MUFFIN!!!cantik kejadian MUFFIN TU KAK CT..mesti sedap kan kak ct cheese muffin tu..
bhn2 pun mudah jer tu...
~~sury 25february~~
Memang cantik hasil kejadian mapin yg CT buat..and thanks for the tips utk buat mapin jadi tinggi menggebu...:)akak pun happy bila CT suka acuan ni....happy baking...:)
Wa'salam Sofea, tr kasih muffin ni mmg cute ni Fea sedap pun ya gak sebab ada cheese kan ct pun pantang dengar cheese2 ni :)
acuan jer ker yang comel..hehehe k.ct comel gak kan Tun.. hahaha
Wa'salam dan selamat petang Jue, silakan mencuba Jue jika suka. nanti dah buat tag k.ct okey dear :)
Memang betul makan selagi hangat tambah sedap. jika dah sejuk luarnya garing dan dalam nya lembut :)
Oh Sonia comel tu dah school ya, comel betul dia kan Rima k.ct suka tengok bila dia tersenyum so sweet..hihi
sempat lagi lepak2 kat starbucks eh..jeles k.ct hehehe
Selamat petang kak paty, oh ya ker kak, selalu bukak gambar tak keluar ker? alahh..nape pulak ya.
Tapi hari ni dah okey kan..tr kasih ya kak Paty sebab sudi singgah walau gambar tak keluar :)
Muffin ni kalau letak dalam bekas2 macam acuan muffin tu. kenalah penuh Tina, sebab kita nak buat di membumbung kan. Tu yang jadi bentuk cendawan tu. Tapi nanti nak cari acuan yang besar sikit..hihi
Wa'salam Yatie, hihi..geram sebab acuan tu kecik molek lubang dia eh..hihi.
tr kasih ya Yatie sebab sudi nak mencuba, silakan ya :)
Wa'salam Ady...kalau Ady ynag buat lagi comel2 kejadiannya. geram tengok kuih talam Ady tu. nanti nak buat juga simpan list dulu..hehehe
A'ah Nor..mould tu pemberian dari Kak Cek..ct mula2 macam sayang nak guna, last2 guna juga..hihihi
A'ah boleh guna kedua2 nya atas dan bawah :)
Apa tunggu lagi Liza, jom kita buat muffinnn! hihihi
Sury..senang jer tu, tak payah berpeluh2 nak mengodek2 bagai. kalau suka perasa lain boleh juga letak. ikut kitalah kan :)
Kak cek..memang betul apa ct cakap, suara akak boleh buat iman jatuh kalau ct ni lelaki..hahaha. Tapi ct masih perempuan kan kak cek..hehehe
Terima kasih ya kak cek atas pemberian ikhlas kak cek. sangat2 ct hargai..dapat membantu ct yang teringin sangat nak buat muffin bentuk cendawan dah tercapai..hehehe
petua tu ct ambil dari website tu gak kak..Alhamdulillah menjadi juga tinggi nya muffin tu :)
nak dilawa dah habis dah muffinni Amie, jadi jamu matalah ya. sebab buat pun dapat sikit jer adunannya tu. kalau nak banyak kena doublekan lah adunan tu :)
Ma...sampai singapura ker, kuat betul penangan bau cheese ni erk Mama..hihihi
acuan tu mulut dia comel2 jadi kejadian pun comel gak lah Mama :)
kalau dekat2 mufin tu..dah kena ambik semua..hehe..
Post a Comment