Apam Beras Marble

Assalamualaikum. Salam sayang buat semua teman2 dan semua pengunjung Dapur CT yang tersayang. CT harap semoga kita semua sihat sejahtera dan semoga hari ni berlalu dengan baik ye. Untuk CT pulak, CT agak sibuk pagi ni jadi tanpa berceloteh panjang, CT terus aje ke resepi CT pagi ni iaitu Apam Beras yang dah pernah CT buat sebelum-sebelum ni tapi kali ni CT marblekan apam ni. Nampak cantik dan berselera pulak bila nampak apam ni berkalerful macam ni hehe. Okey, sampai jumpa lagi nanti.. daaa..
Apam Beras Marble
Resipi asal: Azita Kitchen
Di olah : Che CT
Apam Beras Marble
Resipi asal: Azita Kitchen
Di olah : Che CT
Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cwn gula pasir *
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut (digaul dengan sedikit garam jika suka)
* boleh juga diganti dengan kedua2nya gula pasir
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cwn gula pasir *
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut (digaul dengan sedikit garam jika suka)
* boleh juga diganti dengan kedua2nya gula pasir

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
9. Masukkan adunan dalam paiping beg dan gunting sedikit hujungnya. Dan picit adunan kedalam acuan kecil dan silang2kan bentuk marble dan kukus selama 15 -20 minit..
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

























35 Responses to "Apam Beras Marble"
KIta malam td bt kuih lapis nyonya tu..hehehe alhamdulilah jadiii tp guna 3 color jek...hehhee
Salam pagi kak, dulu2 ct pun tak berani juga kak. bila teman2 buat ct dok tengok jer. sebab tak yakin boleh jadi. Tambah2 anak semuanya suka makan. nak tak nak kenalah beranikan diri buat. dah banyak kali juga ct buat apam beras ni :)
Sampai MIL pun suka katanya lembuttt sangat apam beras yang ct buat ni. siap amik resipi lagi nak buat sendiri katanya...hehehe, cubalah kak mesti jadi juga nanti tu :)
Salam pagi Nieza, Findland tengah2 malam dah ni erk..mimpi indah lah tu..hehehe
k.ct buat pun bila sayang kan nasi sejuk ni Nieza. Selalunya kalau ada balance nasi tu k.ct blendalah sekejap. Bila cukup masa terus masuk acuan dan kukus..siapp!..hehehe
tergodanya tengok apam beras tu..kaler fulll...
Salam Pagi Lin...hehehe. watercolor dah pulak, tak kisahlah anak2 k.ct pun suka cuma buat tu tak boleh sikit2 memang tak mencukupi ni Lin. buatlah Lin senang jer, main blender peram 2-3 jam dan kukus.
Selalunya buat kaler2 ni buat minat anak2 untuk makan, belek2 terus masuk mulut..ngappp! hilanggg..hehehe
Salam pagi kak umi cayanggggg! kak pakai baju belang2 ker pagi ni..hehehe. Amboi, nak kalahkan kuih apam ct ni ker..hahaha
Terima kasih ya kak ummi...ct letak pewarna ni sikit jer kak tak lah terang sangat. kalau guna yang serbuk tu tak pandai nak bajed selalunya. kalau guna yang liquid tu senang nak maintain kak. CM pun bukan suka letak pewarna banyak2 ni nanti kena cancer katanya..hahaha.
belajar dari CM juga ni kak ummi, masih tak pro lagi bab2 shoot ni masih merangkak2 juga...hehehe
Selamat pagi Rahel cayangggg.. dah bf belum? yok minum sama2 k.ct :)
k.ct nak join kaler2 bolu Rahel juga ni, suka lihat cantik juga dipandang mata gerammmm..hehehe
kaleful gitu.. nak rasa seketul boleh..? nak buat maklong tngah malas bebenor.. hehe..
Oooooo... Aku tergoda, aku tergoda
terkecewa...
terliur Nina kat sini kak CT :'(
Selamat pagi Jue, belum buat memang punya rasa macam tu Jue. serupa dengan k.ct dulu. Tapi bila dah sekali buat keseronokkan tu akan datang setiap kali.
Jue cuba dulu memang mudah nak membuatnya sekali buat pasti nak ulang..ulanggg dan ulanggg..hehehe
Salam pagi Tun, cukup ker 3 ketul tu..ker nak mintak lebih2 malu..hahaha
Salam pagi Maklonggg..rindu sangat2 meh peluk2 dulu..hehehe
tr kasih maklong, buat macam ni macam rasa kepuasan yang sebenar. selalu buat 1 kaler macam dah biasa jadi ct oterlah buat bentuk marble pulak..seronok jadinya..hehehe
nape malas pulak ni, harap maklong sihat2 ya. jaga diri selalu :)
Salam pagi Nina... ewahhh menyanyi pulak dia ni. nanti k.ct nyanyi hujan pulak KL ni..hahaha. Jangan kecewa kang memakan diri..hehehe
Jom kita kukus apam lepas ni ya..hihi
Salam pagi Mas, cuci mata kasi terang sikit Mas..hihihi. sesekali buat pengunjung Dapur CT happy dengan warna2 pelangi, walau pun tak banyak kaler ni..hihihi
Jom mengapam juga Mas :)
tertarik, menarik .....
amboi berkalor2...sayang nak makan sbb cantik sangat..
alahai cute cute cun melecun apam tu bila dimarblekan. suke nyer tengok. udah le gambo mmg cantik. gerammm.. apam gini mmg memeriahkan hari kanak2..
Post a Comment