Sambal Tumis Telur Rebus

Wednesday, December 21, 2011

(27) Comments




Assalamualaikum... Salam pagi untuk semua. Hari ni nak ringkas kan jer celoteh CT ni, mood nak menaip ada kurang sikit. Maklum lah jika kepala dah pening ni nak tengok screen laptop lama2 ni makin pening jer rasanya. Cuma CT nak kongsikan menu yang simple dan mudah nak disediakan.

Menu ni lanjutan dari menu semalam kerana Sambal Tumis Telur Rebus ni memang sangat sesuai digandingkan bersama Nasi Lemak Aroma Pandan tu. Tapi kat rumah CT ni, bila masak telur rebus macam ni ada yang nak diasingkan kuning dan putihnya sebelum di makan. Ini kerenah anak CT yang bungsu tu yang tak suka makan kuning telur. Jadi bila dah siap masak kenalah asingkan telur kuning dari putihnya untuk Haqim makan. Yang lain-lain semua makan tak ada pantang pulak. Hai.. macam-macam ragamlah anak-anak ni.. hihihi

Kita terus pada resipilah ya, bila senang2 lepas buat kerja rumah nanti CT akan cuba BW blog teman2 pulak ya. Sampai jumpa nanti... Daaa....


Sambal Tumis Telur Rebus
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
8 biji telur - dibersihkan dan rebus hingga masak
2 cawan lada kisar
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah #
3 ulas bawang putih #
1/2 incin belacan # (tumbuk atau blender halus)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan serbuk perasa jika suka
Sedikit gula merah
(Bahan bertanda # - ditumbuk atau blender halus)

Cara-cara :
1. Telur yang siap direbus dikupas kulit dan belah dua tapi jangan putus (macam dalam gambar tu). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan hiris dan bahan tumbuk, goreng hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik minyak, kemudian masukkan air asam jawa dan gula merah, kacau sebentar.
4. Masukkan telur rebus dan kecilkan sedikit api dan masak hingga kuah hampir kering sedikit.
5. Tambah garam dan sedikit serbuk perasa, kacau rata. Perasakan dan bolehlah ditutup api.





CT Delima

27 Responses to "Sambal Tumis Telur Rebus"

Tina Othman said :
Wednesday, December 21, 2011 6:39:00 AM
sedapnya, selalu buat sambal tumis ni bila musim org kawin, sebab byk dpt telur rebus
Wednesday, December 21, 2011 7:46:00 AM
salam CT..
hari ni maklong sempatlah merempit hehe..
sedap nampak sambal telur tu.. nak sebiji boleh.. maklong nak makan dengan nasi semalam..
maklong pernah gak cuba buat sambal ni.. memang sedap kan..
Liza said :
Wednesday, December 21, 2011 7:53:00 AM
salam ct...perggghhhh dah terliur ni....hihihihi
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 8:11:00 AM
Tina Othman ~

Salam pagi Tina, yalah kan. Tapi sekarang ni payah dah nak dapat telur kalau kenduri kawin. selalu dapat jajan2 atau cawan antik2 tu dan tuala tangan..emm. jadinya rebus telur sendirilah kalau nak buat..hehehe
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 8:12:00 AM
Along Maklong ~

Wa'salam Maklong cayangg..rindunya dengan maklong ni. lama juga tak merempit ya. sibuk uruskan anak2 dan cucu2 ya tak apalah. nak bagi maklong dah habis, mangkuk pun dan basuh dah tu..hehehe
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 8:13:00 AM
Liza ~

Wa'salam Liza ~ kecur tengok gambar jer lah ya. nak hulur2 dah sapan dah.. hehehe
Wednesday, December 21, 2011 8:52:00 AM
Salam CT ok CT dah siapkan sambal jap lagi akak buat lempeng bawang...pas tu kita picnic..cicah lempeng dengan sambal..orite...
Amie said :
Wednesday, December 21, 2011 9:06:00 AM
sedap ni sambal telur CT, makan dengan nasi kuning atau apa sajalah, minta sebiji ye CT.
Gee® said :
Wednesday, December 21, 2011 9:53:00 AM
waa...sambal telur makan dgn nasi lemak yer... sedap tuh... tp org pening kepala tak boleh mkn telor banyak2 yer... nti kpala makin pusing.... hehehehe
Wednesday, December 21, 2011 10:03:00 AM
hari ini kite nak buat sambal telur puyuh..sebab nak masak nasi lemak pandan...semua kerana godaan kct...
Wednesday, December 21, 2011 11:10:00 AM
awalnye kak ct masakk...nyum..nyum... sesekali buat sambal telur rebus ni mmg sedap..feberet anak2 ni...
Yatie said :
Wednesday, December 21, 2011 11:22:00 AM
Assalamualaikum Kak CT,
sedapnya tngk set nasi lemak pandan ni..buat yatie lapor lerrr..kegemaranku sambal telur mcm ni..kalau makan 2 biji sekali..sedap hingga menjilat jari...
Wednesday, December 21, 2011 12:42:00 PM
sedap nya telur di makan dgn nasi lemak. sama kak dekat rumah pun macam itu my girl kalo makan telur rebus ngga mau makan kuning nya, mau di buang sayang mau di makan mommy nya ,takut kolesterol bertambah..hehe
chikadakbiru said :
Wednesday, December 21, 2011 2:18:00 PM
salam kak CT..amboi cantiknye gambar..terliuq tgk

kat umah tuh memang depa pun suka makan sambal telur...sgt2 jarang buat sambal telur...melainkan musim2 kenduri kawin..selalu kumpul telur...ckp 5-6 biji baru buat kekek...tp kalau kat umah tuh..depa suke telor rebus tuh goreng dulu..baru jalan..
tun_telani said :
Wednesday, December 21, 2011 2:55:00 PM
Ooo.. saje2 kerat dua rupa2nya, mula2 tun ingat akak kerat dua telur tu sbb nk kuarkan kuning telur. hihi.. cantik je kaler sambal tu. tp kat umah ni, kalau telur rebus tu, cuma mkn ngan nasi lemak ngan mee kari. kalau x mmg adik2 ni suruh goreng telur mata kerbau.
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:24:00 PM
This comment has been removed by the author.
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:26:00 PM
Paty's Kitchen - Cook with passion. ~

Wa'salam Kak paty, okey gak tu lempeng lawannya denagn sabal terangkat gak kalau makan cuaca mendung2 gini kan :)
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:28:00 PM
Amie ~

Cukup ker hanya sebiji Amie, buatlah lebih2 nasi kuning tu boleh hantar kat ct sepinggan kenyang nanti..hihi
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:29:00 PM
Gee ~

Oh ya ker..? emm...tak pernah dengar pulak. kot2 ni petua dari Gee kena dengar juga ni..hehehe
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:30:00 PM
Ummiakid @ lily ~

Wahh...sedap2 tu Lily kalau jadi masak nak juga merasa air tangan Lily. masih hujan2 lagi eh kat sana tu. patut ler lapar memanjang..hehehe
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:31:00 PM
Jumee Zaila Ahmad ~

Ini menu dah habis ni Jumee, kira lambat masuk dan tayang kat Dapur CT..hehehe

Biasa lah anak2 ayam dan telur sukalah anak2 ni makan. cuba kalau masak ikan masing2 tak nak sentuh pun..
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:32:00 PM
Yatie ~

Wa'salam Yatie, betul2...k.ct pun suka lauk2 macam ni. lagi2 kalau ada nasi hangat letak pulak sambal tu lebih2..pengsannn..hahaha
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:35:00 PM
Melly Octaviana ~

Kenapa ya Melly anak2 separuh darinya enggak suka kuning telur. pada hal yang kuning tu yang sedap. Tapiii...usah makan sering mahu naik kolestrol nya kan..hihihi. sedap2 juga kan melly. kesihatan itu mahu juga dijaga dan itu penting kan..
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:38:00 PM
chikadakbiru ~

Wa'salam CB, k.ct kalau masak kicap baru k.ct goreng sikit. kalau masak sambal macam ni tak goreng dulu CB sebab k.ct nak sambal tu meresap dalam telur. Tengok selera masaing2 lah kan :)
CT Delima said :
Wednesday, December 21, 2011 6:39:00 PM
Tun_telani ~

K.ct memang buat macam tu Tun, kalau masuk bulat2 rasanya lambat sambal tu nak serap dalam telur. Anak2 k.ct tak kisah telur rebus, telur mata kerbau ker atau telur masak apa2 pun semuanya jalannn...tak ada tolak2 pun Tun..hihihi
cik cek said :
Wednesday, December 21, 2011 9:02:00 PM
Sambal telur rebus....nostalgia menu ni CT...apa2 pun memang sedappppp....he he...anak akak pun cam tu gak...dah beso ni lah baru nak makan kuning telur...kekecik dulu...asyik kita je yang kena abiskan kuning telur...he he...
JaSSNaNi said :
Wednesday, December 21, 2011 10:13:00 PM
assalamualaikum CT..
sedap lah sambal tumis telo rebus ni, anak2 nani pun suka makan sambal tumis telo, kadang2 nani wat tak rebus, tak goreng, masak sambalnya, pecahkan terus telor dlm sambal tu.. tapi tak bleh banyak kacau2 la, kang hancur.. hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...