Puding Dadih Strawberry & Pandan

Friday, December 23, 2011

(23) Comments




Assalamualaikum... Salam sayang buat pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah... selesai sudah kerja untuk publish menu-menu yang CT masak untuk sepanjang minggu ini. Nasib baik jugalah sebab sampai hari ni connection masih lagi laju. Kadang-kadang bila tenet slow ni nak menunggu semput juga nyawa sekejap. Tapi bila dah laju tu terkejar2 pulak anak-anak nak conquer PC kita ni. Biasalah cuti-cuti ni anak-anak tak berhenti asyik main game jer. Kadang-kadang CT bising juga sebab bila CT nak guna nanti dah slow. Maklum lah guna broadband ni ada limit kan. Masa laju tu seronoklah lah nak BW dan sebagainya. Tapi bila dah slow tu jangan kata nak loading blog penuh, nak tinggal komen pun ambil masa yang lama. Okeylah, cukup bebel sampai sini dulu.



Untuk resepi penutup minggu ni CT buat Puding Dadih Strawberry yang dah banyak kali CT buat. Dah sampai hafal tak payah nak tengok resipi ... hehehe. Masa keluarga ipar datang rumah CT tempoh hari CT pun ada buat dan berulang2 lah tetamu yang makan semua kata sedap. Kembang jugalah hidung Puan CT ni sekejap... hahaha. Tapi yang perasa pandan ni baru first time CT cuba. My laling CM kata sedap juga perasa pandan ni. Lain kali bolehlah buat lebih2 kan kalau ada yang suka. Terima kasih banyak2 pada sifu CT siapa lagi kalau bukan Mat Gebu @ Adnan Ibrahim. Resipi ni dari beliau pertama kali makan kat rumah Mat terus terpikat sampai sekarang. Terima kasih ya Mat semoga Mat sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati hidup Mat dunia dan akhirat.. A-minnn. Rasanya macam nak bercuti2 lagi jer. Kalau ada entri hari Isnin maknanya adalah CT ya, kalau tak ada tu memang tuan rumah ni gi holidayyy! Jom kita terus pada resipilah ya. Buat yang ingin mencuba dan memanjangkan kembali resipi ni, CT alu-alukan. Daaa....


Puding Dadih Strawbery & Pandan
Sumber : Mat Gebu - DTS
Resepi diolah : Che CT


Bahan-bahan :
6 cawan air (1 cawan = 250 ml)
200 gm gula pasir (1 cawan)
3 gm serbuk jelly KONNYAKU (1/2 sudu besar)
100 gm susu cair ( 1/2 cawan)
100 gm coffemate (1 cawan)
3/4 - 1 camca teh strawberry emulco

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali strawberry emulco, ke dalam periuk, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
2. Matikan api dan tapis bancuhan ke dalam jug air. Tambah strawberry emulco dan kacau rata. Tuang dalam bekas2 kecil atau bekas yang sesuai. Biar sejuk sedikit dan simpan dalam peti ais hingga dadih membeku.
3. Boleh hidangkan dengan hirisan strawberry di atasnya. Perisa bergantung pada kehendak masing2, jika menggunakan perisa, kenalah letak sedikit pewarna makanan...Selamat mencuba.

Nota: CT bahagi dua adunan ni untuk jadikan dua perisa. Untuk perisa pandan, CT guna perisa pandan emulco dan sedikit pewarna hijau.





CT Delima

,

23 Responses to "Puding Dadih Strawberry & Pandan"

Lady Rina said :
Friday, December 23, 2011 7:13:00 AM
nak try la nanti..nampak sedap je..:)
Anna Qawina said :
Friday, December 23, 2011 8:09:00 AM
sedapnya nampak, saya biasa buat dadih guna yg segera je..hehe..
Jelly Konnyaku tu tak blh tukar guna benda lainkak? jelly nona ke, agar2 ke..gelatin ke..hehe..takde kat sini jual benda tu kak..
Friday, December 23, 2011 8:10:00 AM
as'salam kak ct sayang hemmmm suka lah mkn dadih x cukup ni habis nak lg....nyaman masuk tekak sejukkkkkk
CT Delima said :
Friday, December 23, 2011 8:22:00 AM
Lady Rina ~

Hai Rina, boleh aje cuba.. dadih ni memang sedap tak manis sedang2 anak2 pun suka makan. kalau suka kenalah cuba ni :)
CT Delima said :
Friday, December 23, 2011 8:23:00 AM
Anna Qawina ~

Anna..k.ct rasa boleh aje, kita buat dia jadi kita perbagaikan citarasa dan nak guna jelly keluaran lain pun okey juga. Try lah nanti, k.ct pun selalu juga buat kalau teringin nak makan godek2 jap dah siap..hihi
CT Delima said :
Friday, December 23, 2011 8:25:00 AM
Sheila Shafeareen ~

Wa'salam Sheila, yalah betul tu..sekali masuk mulut hilang. bertambah2 masuk mulut tak perasa habis 3-4 mangkuk kecik tu k.ct makan..hehehe

memang sesuai buat pencucui mulut gak ni Sheila kena sentiasa ada stok jelly lah kat rumah k.ct ni :)
Gee® said :
Friday, December 23, 2011 8:37:00 AM
yummy!! terasa nyaman jer tekak yer CT...
Friday, December 23, 2011 8:47:00 AM
Akaka berlajar dengan CT aje la nanti akak nak jadi taukeh dadeh pula la
Friday, December 23, 2011 8:50:00 AM
Salam CT,sejuk tekak nampak puding ni.
ZalinZalina said :
Friday, December 23, 2011 9:06:00 AM
Saya pun sama dengan Anna..selalu buat guna yang segera aje..bila ke nak rajin macam kak ct ni :)
Friday, December 23, 2011 9:19:00 AM
selamat pagi kak ct

lama tak singgah,
pagi ini baru ada kesempatan..

aduhhhhhhhhhhhh.. ayu suka makan puding tau.
nak 5 mangkuk..
boh kat peti ais.. hehehe
Friday, December 23, 2011 10:37:00 AM
Uish pagi2 tengok puding, rasa nak ngap aje semuanya kak! Cantikkkkk...pics superb! :)

Brought you some banana pancakes dear...nak tapau puding! ;)
Zaliedana said :
Friday, December 23, 2011 11:06:00 AM
Assalam kak Ct Manis..Wow nmpk sedap n sweeet jer kale puding akak tuh,teringin juga nak wat,sy amik resepi dulu ya kak,nnti leh la wat utk besday ank nx week..Tq kak mmberi sumber inspirasi..
Sue @ Nenie said :
Friday, December 23, 2011 11:44:00 AM
Assalamualaikum Kak Ct...time-time panas sedap makan ni...sejukkkkkkk je meluncur ke anak tekak...
Friday, December 23, 2011 2:03:00 PM
seger yah kak pudding nya kalo di makan dingin2.. cantik sekali photo nya.. :D
Pn. Ila said :
Friday, December 23, 2011 3:03:00 PM
Nampak sgt sedap..terliur tgk..
CitarasaKu said :
Friday, December 23, 2011 4:43:00 PM
yummy ...panas panas hujan sejuk tekak dapat makan benda lembut. Kita terlepas pandang mee kat bawah tu...meriahnya.
cik cek said :
Saturday, December 24, 2011 12:50:00 AM
Emmmm....lambat lagi akak sampai...dah usia2 emas ni ...jalan tak leh laju2...semput nanti...keh keh keh...dapat makan puding ni ilang penat...ada lagi keeee...ke kempunan lagi kak cek ni..:)
dZana said :
Saturday, December 24, 2011 7:28:00 AM
kalau buat pding camni.. msti kedebak..kedebuk jer pintu petiais saya tu .. pastu jap jer penuh singki dgn bekas2 kosong.. lama tul tak buat..
Yatie said :
Saturday, December 24, 2011 12:42:00 PM
uwaaaa mmng kegemaran anak2 ni dadih..siaplah petiais buka tutup tanpa henti...hehehe..pastu bersepah je sudu dngn bekasnya sekali...tapi mmng bestkan..
IXORAROXI said :
Sunday, December 25, 2011 11:50:00 AM
nyaman je rasa bila dadih melalui kerongkong ya..ishhh teringin pulak nak buat dadih lepas tengok dadih CT yang sungguh menggoda ni
happy cooking!
Ummi said :
Monday, December 26, 2011 4:41:00 PM
CT, bercuti ke mana? Akak baru ada mood nak beron9 blk ni...Dadih tu menawan...mst dah habis kan...huhu
rahel said :
Tuesday, December 27, 2011 12:06:00 AM
Slmt mlm Kak CT..hehe..baru ada senang sikit..trus singgah kejap kat sini..mana la tau ada lg puding tu..leh minta semangkuk kecik..line kat sini slow banget..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...