Mee Bandung Bujang

Thursday, December 22, 2011

(30) Comments




Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua teman-teman CT. Hari ni CT nak sharekan satu resepi yang simple-mimple untuk mereka-mereka yang baru nak belajar memasak. Biasanya orang yang baru belajar memasak ni rajin masak 'maggi' aje kan sebab 'maggi' ni satu-satunya mee yang cepat dimasak dan sedap dimakan. Malangnya mee segera tak elok dimakan selalu walaupun sedap. Jadi, hari ni CT kongsikan resepi Mee Bandung ni yang CT namakan sebagai Mee Bandung Bujang sebab gunakan pes segera sangat sesuai untuk golongan 'bujang', jadi tak payahlah nak sibuk2 nak mencari bahan-bahan dan menumbuk memblender segala... hehehe. Untuk resepi ni, CT gunakan 2 peket perencah Mee Bandung dari Adabi seperti dalam gambar yang akhir tu. Boleh juga jika nak gunakan perencah dari pengeluar lain asalkan sukatannya lebih kurang sama.

Jadi pada yang 'bujang' dan terkejar-kejar dengan masa tu bolehlah mencuba resepi ni. Pada yang tak berapa bujang tapi kalau nak mencuba juga apa salahnya ye tak... hehehe. Sampai jumpa lagi.. Daaa..




Mee Bandung Bujang
Resepi: Che CT

Bahan-bahannya:
2 peket perencah Mee Bandung Adabi
600 ml air (3 cawan)
300 gm daging lembut - direbus empuk
300 gm dada ayam - potong kiub dan cuci bersih toskan
200 ml air rebusan daging (1 cawan)
10 ekor udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekor sahaja
2 keping tauhu - di goreng, kemudian di hiris
2 biji telur
300 gm mee kuning (atau 1 peket) - cuci dan toskan
Sedikit garam dan gula.
Hirisan lada hijau - hiasan
Belahan limau kasturi - hiasan
Hirisan daun sup/bawang - hiasan

Cara-cara :
1. Masukkan air dan air rebusan daging serta rempah Mee Bandung Adabi kedalam periuk. Kacau sebentar.
2. Masukkan ayam yang dipotong kiub tadi. Tunggu hingga mendidih dan ayam empuk.
3. Apa bila dah mendidih, perlahan kan api dan pecahkan telur kedalam periuk. Masukkan sekali daging yang dihiris dan juga udang.
4. Bila telur dan udang telah masak, tambahkan sedikit garam dan gula. Perasakan.
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebentar selama 1-2 minit. Matikan api.
6. Hidangkan dan taburkan daun sup/ bawang, tauhu goreng, lada hijau dan limau kasturi.
7. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba..




CT Delima

30 Responses to "Mee Bandung Bujang"

AZLITA AZIZ said :
Thursday, December 22, 2011 6:57:00 AM
salam Ct..

waaa... pagi2 dah ada mee bandung..
ni kalau anak2 bujang ita tengok ni mesti di godek maknya suruh buat ni CT...

ita tak pernah lagi guna perencah adabi ni nanti boleh lah ita cuba!
Gee® said :
Thursday, December 22, 2011 8:32:00 AM
owww... sedap yer mee bandung adabi tu... nak try lah...
Tina Othman said :
Thursday, December 22, 2011 9:48:00 AM
sedapnya kak ct, tina aritu ada beli pes mee bandung agromas tapi sampai skrg tak termasak lg hehe

byk sangat alasannya, bila nak buat daging pulak takde, yg sebenarnya malas
chikadakbiru said :
Thursday, December 22, 2011 9:52:00 AM
sedapnye kak ct..kadang2 bile pakai yg instant nih pun sedap jugak..nak2 plak kalau pandai tokok tambah lagi bahan2 die..
Kasawari said :
Thursday, December 22, 2011 9:57:00 AM
wah.. nak sikit.. ni saya dan che mat punya utk bujang2 kan.. hehe..
anymz said :
Thursday, December 22, 2011 10:02:00 AM
masuk sini tgk mee bandung rasa seram sejuk je perut ni.pada hal dah makan nasi goreng kg dah..
rasa nak buat jugak lah bila anak2 balik hujung minggu ni nanti..sedapnya tgk mee bandung ct ni tau..
Thursday, December 22, 2011 10:53:00 AM
salam kak ct..

sedapnya tgk mee bandung kak ct ni..adabi ada perencah mee bandung ek..tak tau plk yus..ketinggalan zaman la yus ni..hehe..nanti yus nk cuba jgk lah dgn perencah mee bandung adabi ni..terima kasih kak ct atas prkongsian resepi..
Nurwin Heny said :
Thursday, December 22, 2011 11:43:00 AM
Hi. Sekali2 nak cuba masak cara orang bujang pulak lah...hehehe.. Nampak sedap!
cik cek said :
Thursday, December 22, 2011 12:09:00 PM
Kak cek nak semangkuk mee bandung...mak bujang nak makan...he he..nak masak tak rajin la pulak...:)
Thursday, December 22, 2011 12:11:00 PM
Salam CT lama akak tak makan mee bandung ni...ingat mee bandung ingat kampung akak Muar....simpan sikit ya
MANISMANIS said :
Thursday, December 22, 2011 12:16:00 PM
Ampun deh kak CT...enak banget kelihatannya...sampai terliur liur nih...
Thursday, December 22, 2011 12:48:00 PM
humangai.. mi bandung! favorite saya ni..

Salam ziarah.
Thursday, December 22, 2011 12:57:00 PM
Salam CT..
Kita yang tak bujang ni dah terliur habis tengok mee bandong bujang CT ni.. alahaii.. sedapnyer.... lom pernah lagi guna mana2 perencah mee bandong.. lehla try nnt..
geraugebang said :
Thursday, December 22, 2011 1:11:00 PM
kalau tak bujang? tunggu orang hidang jer la...
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 6:54:00 PM
Azlita Aziz ~

wa'salam Ita..ct pun fiest time buat ni Ita. Permintaan yang tersayang nak sangat merasa katanya..hehehe. kalau anak2 nak sangat makan Ita, cuba jer jangan tidak kan.

Ehh..Azrul anak Ita tunggu result PMR kan, semoga dia lulus dengan cemerlang ya :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 6:56:00 PM
Gee ~

Boleh jer cuba Gee, ct pun cuba gak makan mee bandung ni. Boleh tahan juga kita dah tambah macam2 dalam tu lagilah sedap :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 6:57:00 PM
Tina Othman ~

Biasalah kalau dah teringin nak makan ni, tak kisahlah jenama apa pun. asal kena dengan selera kita kan tina :)

Happy birthday buat anak Tina ya :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 6:59:00 PM
chikadakbiru ~

Tulah CB, k.ct pun suka cuma ada cair sikitlah kuahnya dari kita buat sendiri kan. Tak kisahlah tapi memang sedap. Tambah2 lagi ada campuran air daging tu, lagi lah manis rasanya :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:01:00 PM
Kasawari ~

Hahaha...Che Mat yang makan banyak dari k.ct ni. Orang bujang dan yang tak bujang boleh aje kalau nak makan. Tak kisahlah asal rajin nak masak kat dapur itu jer... hehehe
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:02:00 PM
anymz ~

Kak Amin... selalunya bila anak2 ada baru semangat nak memasak lagi tinggi kan kak. Bukan setakat satu dua jer yang dimasak. Rasanya berderet2 kang kak Anim masak tu nanti... hehehe
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:04:00 PM
Yusliza Lailatushalah ~

Wa'salam Yus...ada macam2 kan ADABI keluarkan prodak dia. k.ct cekup 3 peket masa belanja kat Giant Batu Caves tu. ni pun masih ada baki sepeket jer lagi. kot2 teringin nak makan lagi.. celur jer mee hoon tu..hehehe
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:06:00 PM
Nurwin Heny ~

Nurwin....boleh aje. Mahu makan kenalah rajin buat ni Nurwin..hehehe.

CT ni sebab Hubby yang nak makan tu yang letak bahan2 lebih2 dalam mee bandung tu nampak serinya :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:07:00 PM
cik cek ~

Kak cek cayanggg.... anak bujang tak ada rumah ya, sebab tu Mak yang bujang ni datang bawak mangkuk..hehehe.

Kak cek...setakat semangkuk tu kenyang ker...hehehe
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:09:00 PM
Paty's Kitchen - Cook with passion. ~

Wa'salam Kak Paty...Oh kak Paty orang muar ya. Memang sedap mee bandung Muar kan kak. ct dulu duk JB ada orang muar jual rempah mee bandung ni sekilo RM10 memang power betul rasanya dan sangat2 sedapppp!
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:11:00 PM
ManisManis ~

Ayin... mesti coba masak mee bandung rempah segera kalau mahu. Sesekali kalau dapat rasa memang sedap ni ayin..coba dulu ya mesti suka dengan rasanya. Tapi enggak boleh lawan sama yang kita buat sendiri lah :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:12:00 PM
sudipVSsenduk ~

Salam kembali, tr kasih sudi meninggalkan komen di Dapur CT. Salam kenal juga ya :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:14:00 PM
MaDiHaA a.k.a Ratna ~

Wa'salam Ratna, yalah tu...kecur2 ya, kalau dapat makan yang dalam mangkuk tu hilang dah kecur nya..hehehe

ct pun baru cuba gak ni Ratna, boleh tahan lah rasanya dengan bahan2 yang kita letak tu sesuai dengan selera insan2 kat umah ni semua kata sedap :)
CT Delima said :
Thursday, December 22, 2011 7:15:00 PM
geraugebang ~

hehehe..Gerau dah tak bujang kan. kalau ngaku2 bujang gerenti dapat semangkuk mee bandung tu..hihihi
Amie said :
Thursday, December 22, 2011 7:28:00 PM
Assalam CT,
orang tak bujang pun terleleh-leleh liur tengok betapa meriahnya mee bandung tu... sedapnyalah Ct.. tambah pedas tambahlah meleleh!
Zaliedana said :
Friday, December 23, 2011 12:20:00 AM
Kak Ct,yg bujang pon nmpk sedap bngat kak..Nak plak da eksesori yg pelbagai tuh,lagilah bertambah sedap..Sy pernah npk perencah ni,tapi xpernah bli takut xsedap,hihi..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...