Kek Gulung Dam - Resepi Penutup 2011

Saturday, December 31, 2011

(20) Comments




Assalamualaikum... Salam ceria dan senyum2 lah selalu. Senyum juga adalah sedekah. Sedekah yang tidak perlukan modal, dengan penuh ikhlas senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sebuah ikatan persahabatan yang akan kekal berpanjangan. Senyuman yang manis mendinginkan hati dan mendamaikan jiwa. Sedingin embun membasahi dedaunan. Dan senyuman juga adalah ubat penawar bagi hati-hati yang sedang bersedih, memberi semangat bagi jiwa-jiwa yang lesu. Sesungguhnya dengan memberi senyuman itu akan buat teman2 semua awet muda. Macam puan yang cakap ni ya... hehehe. Haa.... mesti ada yang senyum2 dah tu ya, maklum lah puan CT ni pagi2 lagi dah melawak syok sendiri... hehehe. Tak apalah bergurau senda juga adalah satu amalan yang disuruh kerana dengan bergurau senda juga akan mengeratkan hubungan silaturrahim kita bersama :)



Berbalik pada resipi kek yang telah CT buat ini. Kira penutup bagi tahun ini, tanggal 31hb Disember 2011 Kek Gulung Dam yang resipi asalnya dari Chef Nor Asmawati dari Majalah RASA bulan Ogos 2011. Kek Dam yang berwarna warni ini seperti hidup kita juga, penuh dengan warna warni kehidupan. Sebenarnya dah lama juga nak buat tapi sekarang jer CT rasa ada kesempatan. Banyak sebab kenapa CT lambat nak mencuba. Satu darinya macam tak yakin boleh menjadi dengan elok, takut gulungan nya akan pecah. Dan akhirnya dengan kesabaran serta keberanian yang ada CT cuba juga. Hasilnya... lihatlah sendiri mungkin tak berapa kemas sangat. Mula2 ingat nak buat bentuk empat segi tapi jadi bulat pulak. Tapi... Alhamdulillah, akhirnya menjadi juga walaupun tak seperti yang CT inginkan. Terima kasih pada Chef Asma kerana perkongsian resipi Kek Gulung Dam ni. Insya'Allah kalau ada kelapangan lagi CT akan cuba buat lagi dan lagi. CT pernah sekali berjumpa Chef Asma semasa perjumpaan event Cabaran Daisy 2011 - Sehari Bersama Chef Liza Zainol di SINI. Beliau memang sangat peramah dan tak lokek memberi sedikit tunjuk ajar, terima kasih ya Chef Asma.

Panjang selebar dah ni ya. Kesian pulak teman2 yang dok membaca celoteh dari CT ni. Kalau terasa haus bolehlah minum air atau makan kek yang CT buat tu ya. Jika ada yang sudi nak mencuba disilakan untuk mencuba memang sedap. Selamat mencuba ya. Dan SELAMAT TAHUN BARU 2012!




Kek Gulung Dam
Resipi : Majalah Rasa - Chef Nor Asmawati
Sumber : Che CT


Bahan-bahan : A
6 biji telur (CT guna gred A)
30 gm ovalette
120 gm gula kastor

Bahan-bahan : B
120 gm tepung kek
20 gm tepung jagung
(diayak bersama)

Bahan-bahan : C
50 ml minyak jagung
1/2 sudu teh perisa vanila

Bahan krim mentega :
250 gm mentega (CT letak 125 gm)
100 gm gula aising (CT letak 60gm)
1/2 sudu teh perisa vanila
Pewarna yang digemari

Cara-cara :
1. Krim Mentega : Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkerim. ketepikan.
2. Kek : Kesemua bahan A diputar sehingga kembang. (CT putar selama 5 minit).
3. Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang. (CT putar lagi 3 minit).
4. Akhir sekali masukkan bahan C kaup balik hingga rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (CT bahagi 3 bahagian sama banyak dan lebihkan sedikit adunan warna plain).
5. warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian dibiarkan plain. (CT letak hijau - perasa pandan, pink- perasa strawberry, oren- perasa limau).
6. Masukkan dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180C sehingga masak. (CT bakar satu2 selama 20 minit - 25 minit) bergantung pada oven masing2 ya. Glis dahulu dulang dan alas dengan baking sheet.
7. Apabila masak, keluarkan dan sejukkan dahulu sebentar. Sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang berwarna didalamnya secara berselang seli warna. gulung dengan cermat dan ketat supaya padat.
8. Masukkan dalam peti sejuk. (CT gulung dengan clingwrap dengan kemas dan simpan dalam peti sejuk 30 minit baru cantik dipotong). Selamat mencuba :)




Pujangga menyebut :
"SENYUM ITU IBARAT KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"

CT Delima

20 Responses to "Kek Gulung Dam - Resepi Penutup 2011"

Tina Othman said :
Saturday, December 31, 2011 1:08:00 PM
cantiknya kak ct, tina klu yg mcm ni mmg tak berani buat sebab tangan keras, buruk nanti jadinya
Saturday, December 31, 2011 1:34:00 PM
Assalam kak CT, cantiknya kejadian baulu, saya pun mmg tak yakin nak buat yg comel2 gini
Yatie said :
Saturday, December 31, 2011 1:42:00 PM
Assalamualaikum Kak CT,
Slmt menyambut thn baru 2012, moga hari2 yg baik buat akak sekeluarga..cantik betul kek gulung dam ni..yatie mmng tak pandai wat kek2 gulung yg cantik mcm ni..geram je tngk...kalau dpt sepotong, alangkah bestnya..
Saturday, December 31, 2011 2:02:00 PM
mendengarkan celoteh nya dan memandangi photo yang cantik sambil minum air dan cake yang sudah di sediakan k'CT.
Happy New year 2012 buat K'ct dan keluarga. ;)
izahdaut said :
Saturday, December 31, 2011 3:06:00 PM
Shanteekkk
Terpegun sekejap. Lawa lawa.. Dan tq kak ct share resepi chef liza yg menawan tu.

Dan juga slmat tahun baru ye kak ct
Saturday, December 31, 2011 4:27:00 PM
salam Kak Ct...wahh menariknya kek gulung ni..terliur yus tgk, nk buat x pandai..huhu
Saturday, December 31, 2011 4:37:00 PM
SELAMAT TAHUN BARU CT...HARAP LEBIH BANYAK RESIPI MENARIK UNTUK 2012
rahel said :
Saturday, December 31, 2011 5:06:00 PM
Selamat petang Kak CT..
lama tak bersiaran ek...skali muncul ngan kek gulong pulak..siap dengan inti kek kaler2 lagi...rajinnya..

Happy new year 1 jan 2012 buat Kak CT sekeluarga..
AZLITA AZIZ said :
Saturday, December 31, 2011 8:46:00 PM
Salam Ct..
Lewat sampai mesti kek dah habis.. hihi

cantik kek tu.. ita pon tak berapa pandai nak mengulung sebab selalu pecah nampak CT punya ni menarik dengan warna yang ceria..

Selamat tahun baru buat CT dan keluarga semoga tahun 2012 menjanjikan yang terbaik buat CT
MANISMANIS said :
Saturday, December 31, 2011 9:34:00 PM
Happy new year kak Ct....cantik uiii kue gulungnya...
Ummi said :
Saturday, December 31, 2011 9:47:00 PM
Assalam CT cayang...waaaah mantops sekali kuih gulung dam tu...menarik warnanya...warna gemilang gitu..mentang2 nak sambut tahun baru yea....hehehhee... Semoga tahun yang mendatang akan lebih membahagiakan buat CT dan keluarga...amiin... Salam sayang, muaah, muaaahhh!
Kama Kimin said :
Saturday, December 31, 2011 10:41:00 PM
Wallah...dah tergoda dah dgn kek gulung kak CT. Mesti sedap kan kak...
Nazrah said :
Saturday, December 31, 2011 11:23:00 PM
Selamat tahun baru Kak CT...
Rima said :
Saturday, December 31, 2011 11:58:00 PM
Happy new year to u and ur family dear.. 3 more mins .. hv a blessed 2012 ok..
Nieza said :
Sunday, January 01, 2012 4:08:00 AM
Assalam Kak Ct, cantiknya kek..ceria sungguhla.seceria thn baru 2012.

Salam Tahun Baru buat kak CT sekeluarga. semoga thn baru ni lbh baik dr thn sebelumnya..insyaAllah:)
Sunday, January 01, 2012 8:47:00 AM
Selamat pagi dn selamat tahun baru ct ,,Ermm kek gulung,, k1 akan cuba yg ini pula..
quinnie said :
Sunday, January 01, 2012 10:23:00 AM
selat tahun baru kak ct...sedapnya kek....saya rajin makan je..nak buat part dam2 tu tak berapa nak rajin...kekeke
Sunday, January 01, 2012 11:52:00 PM
Selamat tahun baru Kak Ct dan keluarga... semoga tahun baru membawa seribu makna buat kita semua insyaAllah... semga kak CT sentiasa ceria dan bergembira bersama keluarga.

Ijan
Roses_Leo09 said :
Tuesday, January 03, 2012 12:29:00 PM
rajinnya kak ct menggulung kek dam ni. hanim ni tak berkesempatan lagi nak buat kek gulung. ada talam dah terover size dengan oven lak. hu hu hu hu .....
JUJUE AHMAD said :
Thursday, January 05, 2012 4:58:00 PM
ERMM SEDAPNYA NMPK KEK NI.. WARNA-WARNI TU.. MESTI SUSAHKN NK BUAT..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...