Donut Kentang

Assalamualaikum... Selamat pagi dan salam ceria. Hari ini CT nak share satu lagi resipi donat yang CT buat untuk sarapan anak2 dan My laling CM. Donat ni amat lembut sekali, walaupun dah disimpan keesokkan nya tetap masih lembut. CT suka donat2 yang macam ni. Anak2 pun memang suka tak ada yang nak menolak kalau dihidang donat yang disalut coklat macam ni. Sekali ngadap habis 4 ketul juga CT masukkan dalam mulut memang tak perasan... hehehe.
Selalunya kalau nak buat donat yang cepat siap tu CT akan guna resipi dari HaSue jer. Tapi yang ini CT cuba pula resipi dari ROS Jintanmanis. Emm... memang berbaloi2 lah kan. CT buat dua adunan donat ni... banyak juga dapat tu. Dan untuk menarik minat anak2 cepat makan donat ini CT salut dengan coklat masakan putih dan yang selebihnya CT letak sedikit pewarna pink.. cantiknya pink kaler... hehehe. Terima kasih buat ROS yang sudi berkongsi resipi pada kita semua kan. Semoga ROS sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki hendaknya... A-minnn. Untuk itu resipi donat ni CT copy jer dari blog ROS dan izinkan K.CT letak juga resipi ni dalam Dapur CT ya. Sampai jumpa nanti. Daaa....
Selalunya kalau nak buat donat yang cepat siap tu CT akan guna resipi dari HaSue jer. Tapi yang ini CT cuba pula resipi dari ROS Jintanmanis. Emm... memang berbaloi2 lah kan. CT buat dua adunan donat ni... banyak juga dapat tu. Dan untuk menarik minat anak2 cepat makan donat ini CT salut dengan coklat masakan putih dan yang selebihnya CT letak sedikit pewarna pink.. cantiknya pink kaler... hehehe. Terima kasih buat ROS yang sudi berkongsi resipi pada kita semua kan. Semoga ROS sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki hendaknya... A-minnn. Untuk itu resipi donat ni CT copy jer dari blog ROS dan izinkan K.CT letak juga resipi ni dalam Dapur CT ya. Sampai jumpa nanti. Daaa....

Donut Kentang
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahan :
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil).
2 sudu besar susu tepung/skim milk1 biji telur (dipukul sedikit)
80/90 ml susu segar (boleh juga diganti dengan air suam)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis (1 1/2 sudu kecil)
*Tips - susu diletak beransur-ansur. Jika mencapai 80 ml tu dah memadai dan doh dah nampak okey, gunakan setakat 80 ml je. Jika rasa masih tak cukup lembut habiskan terus 90 ml. Banyaknya sukatan dipengaruhi oleh saiz telur yang digunakan jadi kena pandai agak-agak sukatan susu susu ni supaya doh tidak lembik sangat, jika terlalu lembik akan menyerap terlalu banyak minyak bila digoreng.

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit hingga 1 jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.


P/S - Kamera Klasik ke-11 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Certotix 6x9 folding Camera.


























48 Responses to "Donut Kentang"
amboiii kak! kelassss tu donut cam bakery punya la :)
Waaa..pg2 sue bukak dah ada donut...Terbaik la kak..(^_^)
ai lap u..mavales...
sungguh pekenan sama ini donat. Bundo ambek resepi ni ye. Terima kasih pada yang punya resepi dan tk juga pada ct kerana menyebarkannya..
muah....
memang cantikk sgt2 gabungan kaler white, pink n brown tu, kalah donut bakery :-).
That looks so beautiful!! very sweet colour...
waaa akak suka yang ada perisa stoberi nie.dua tiga hari nie aanak2 mmg suh buat donut.akak ajer malas.nie dah kena tiup semangat nie.kena buat gak nnti,,
cun donut ct.tk yah gi donut dunkin kak..kan...
bukan main lagi..tayang donut kaler
pink...cantek kaler2 tu..teringin lagi makan donut kentang..nak try gak petang nanti..tentu sodap ni..
wah! meriah sungguh donut kentang dia pepagi ni... nak pandang aje, sayang nak makan.
Wa'salam Yat, deco jer alah2 bakery namun masih tak sampai lagi tahap tu Yat. kena belajar lagi banyak yang tak pandai ni..hehehe. deco ala2 puting beliung ni haa.. hahaha
menjejes air liur tengok prawn noodle tu Yat :)
Wa'alam Sue, terbaek wokkk..hahaha. Deco2 alah mak limah tu jer. Tapi kelembutannya memang terasa cuba lah Sue sedap ni :)
I lap Bundo too..muahh!..hehehe. amik jer Bundo memang ct nak panjang2 kan resipi dari Ros ni. memanga berbaloi kalau cuba ni Bundo sangat sedap. donat yang lembut ct bagi cap jempol lah ..hehehe
Hany..mula2 tu nak buat kaler coklat. Tapi coklat yang dicairkan tu tak menjadi. last2 coklat putih yang tinggl sikitlah jadi mangsa dan jadilah kaler pink. memang suka kaler pink pun..hehehe
tr kasih Hany :)
Wa'salam LG..tr kasih LG meluangkan sedikit masa singgah Dapur Ct. kalau masuk dapur LG tu perut lapar sentiasa..hehehe.
Bakery tu lagi cun LG deconya. k.ct punya ni sikit2 bolehlah makan sendiri kan :)
Kak Ros..comel seperti orang nya juga ni kak...hehehe
Oh...Tq so much Ady. I like pink colour so sweet kan..hehehe
Wa'salam Kak Ummi cayanggg..rindu kat kak ummi tau..hugs3x
kek lapis tu dah finis pun kak. buat bf anak2 sampai tak cukup..hehehe. Biasalah kalau sedap jangan tunggu lama2 siapa cepat dia dapat kan.
Alhamdulillah..nasib baiklah my laling CM ni pandai dalam bab2 photography kak. ct bolehlah belajar sikit2 mana yang tahu jer :)
Salam untuk Anna..sebenarnya letak topping apa2 pun anak2 mesti amkan jer anna. cuma ni nak kelainan sedikit jadilah deco2 ala2 che ct kan. Tapi bila dah siap macam sayang pulak nak makan..hehehe
Kita sama cuma tak serupa tang kaler jer Quinnie. Tak apa yang penting semua suka k.ct lagilah suka sebab habis anak2 makan tak membazir kan :)
Salam pagi tuk kak asma, itulah kak. bila anak2 ada dirumah macam2 menu lah keluar. padahal hari2 sekolah pun ada juga buatnya. cuma cuti sekolah ni sepanjang masa dalam rumah. kena pulak dengan cuaca hujan2 ni masing2 asik lapar jer, keisan pulak kalau tak ada menu terhidang atas meja kan :)
Tr kasih Gee..alahhhh deco simple2 jer tu. hasil kerja tangan yang keras dari ct. kalau nak buat lagi cantik kang tak jadi pulak nak makan asik tenung renung jer donat tu, sampai cair balik coklat tu kang... hihihihi
Selamat pagi Rahel cayanggg... ada bawakkan kek coklat sekali tak datang ni. rasa nak makan dah ni meluap2 geram tengok kek Rahel tu cantik sangat..hehehe
Jom makan donat ni pas tu kita makan kek dari rahel pulak ya :)
Wa'salam Amie, janganlah pandang2 segan tau...hehehe. kalau cikgu amie datang Dapur CT kalau boleh nak susun cantik2 sekali nak dapat markah yang tinggi ...hehehe
Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
Salam untuk Nuril, alahhh..kat KL sentral tu taka da kedai donaut ker, call jer cakap k.ct yang suh anto. nanti dah sampai bayor dulu eh. cukup bulan claim..hahaha
Nuril..donat ni kalau kita nak buat jangan tangguh2 memang tak buat lah jawab nya Nuril... hihihi
CT cayang..betul ker amcam tu. okey lain kali kalau k.ct buat k.ct huluq lah kat CT sepinggan tu ya..hehehe. siapa yang nak menlaknya kalau dah ada depan mata donat yang sedap, lembut dan gebu kan CT. k.ct pun tak nak tolak gak..hehehe.
Nanti nak cuba versi keledek mesti sedap juga tu kan :)
Hai Konde, tr kasih ya. memang sedap you must try it :)
Pink kaler cantik bila dipandang, k.ct ni memang tak alah pada apa2 kaler pun Tina semua bantai jer..hehehe.
Nak doant tak..? pi lah buat..hehehe
Wa'salam Ina, sudah semestinya anak2 dan Mama anak2 pun suka makan donat. Tak kisahlah perasa apa semuanya boleh masuk kan Ina.
Haa..kena cuba resipi dari Ros ni memang sedap :)
Wa'salam Zana, maaflah k.ct tak dapat nak tapau lah Zana. dah bersih dah donaut2 tu semua. pinggan pun dah susun kemas2 dalam almari tu..hehehe
Kenalah buat resipi dari Ros ni gerenti memang sedap dan lembuttt! :)
hai Melly, ya memang lembut. K.ct baru pertama kali buat donat kentang ni. Mana anak2 pasti suka sama donut ya Melly tak kira donat apa pun semua suka :)
Wa'salam Nieza, semoga cepat sihat ya. Jaga diri selalu jauh dari keluarga tapi dekat dengan yang tersayang. Kepenatan kadang2 boleh buat seluruh badan sakit2 sebab kurang rehat pun ada juga kan.
Tr kasih Nieza, yok mendonat lagi kita nanti ya Nieza..hihihi
hehehe..deco2 tangkap muat jer tu..tapi anak2 memang sukalah kalau buat macam ni kan Zana. daya penarik tu yang penting..hehehe
Post a Comment