Meatballs in Tomato Sauce

Assalamualaikum.... Bersua kembali dari Dapur CT semoga semuanya sentiasa ceria dan sihat2 selalu hendaknya. Seperti dijanjikan semalam, hari ni CT kongsikan satu lagi resipi yang belum pernah CT buat dan sesuai digandingkan dengan hidangan spaghetti. Kiranya ini yang pertama kali juga CT mencuba, jadi CT rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam menu sos tu. Tapi tak kisahlah sebab ini yang pertama mestilah ada sedikit kekurangannya. Di lain kali akan ditambah sedikit lagi serbuk lada hitam seperti yang disaran kan oleh suami CT agar ada rasa pedas sedikit.
Resipi ni CT ambil dari blog Ijan blogresipi. Terima kasih ya Ijan kak CT mintak izin nak letakkan resipi ni dalam Dapur CT untuk rujukan dilain kali. CT copy jer dari blog Ijan, jika ada yang suka dan ingin mencuba, silakan ya :)
Meatballs in Tomato Sauce
Resipi : Ijan Blogresipi
Bahan untuk meatballs:
500 gm daging lembu kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur -kite tak letak
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang
garam secukup rasa
1 teaspoon serbuk blackpepper
Bahan untuk tomato sos:
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam secukup rasa
Bahan untuk dibakar:
mozarella cheese
grated parmesan

Cara penyediaan meatballs:
Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping-pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit sehingga rata disemua bahagian.
Cara penyediaan sos tomato:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
Cara penyediaan akhir:
Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220'C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan.



P/S - Kamera Klasik ke-8 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Bencini Comet II.


























15 Responses to "Meatballs in Tomato Sauce"
Cantik kamera tu, mcm berkenan je.
tiap kali datang rumah Ct mesti dijamu hidangan yang lazat-lazat....balik pun dengan perut kenyang dan pelbagai idea memasak yang diperolehi...terima kasih Ct! Suka sangat nampak MiTS tu... ngencessss!!!
wah pagi pagi di jamu mata dengan meatball ...sedapnya . My fav la makanan nie sebab kaya dengan cheese.
adoi..pandai betul goda orang pepagi ni...emm sedap sedap..tengok je la..
Saje je nak goda2 kak cek pepagi ni ek...ayoooo....gambo cantik...set pinggan cun....menunya lagila bestnya....tutup pizza hut pas ni...he he...tak nak pelawa kak cek rasa ke....:D
Post a Comment