Kuih Getas

Assalamualaikum buat semua teman-teman CT yang tersayang. Rasanya macam sekejap je dah sampai ke hujung minggu ek. Esok dah cuti, lepas tu esoknya lagi pulak dah Hari Raya Haji. Oleh kerana cuti, jadi macam biasalah Dapur CT pun akan bercuti dari bersiaran juga seperti lazimnya hehe. CT kalau boleh nak terus je bersiaran tujuh hari seminggu tapi pejabat buruh tak kasi, sebab kena ikut undang-undang baru katanya (pinjam ayat P.Ramlee dari cerita Ali Baba Bujang Lapok).

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, terlebih dahulu CT nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua yang mengenali CT tak kira jauh dan dekat dan tak lupa juga buat semua follower CT yang tersayang. Kalau ada yang balik beraya ke kampung tu, hati-hati memandu ye. Dan sempena hari nak cuti, CT up kan resepi kuih tradisi yang senang bangat nak membuatnya. Bak kata suami CT, gaul2 tepung campak dalam minyak panas dah jadi kuih hahahaha. So, oleh kerana senang harap2 adalah yang nak follow ye. Jom kita follow resepinya. Oh ye.. kamera klasik my laling yang ke-3 yang CT interframekan dalam resepi CT kali ini ialah Rollei B35.
Kuih Getas
Resepi Che CT
Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam
Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.



























21 Responses to "Kuih Getas"
haruskah pagi2 kak tayang kuih peberat ayu nie?
DAH LAH KAK CT DUK jauh...kalau balik jb sure ayu tak segan silu ketuk pintu... hehehhe
PS: selamat menyambut hari raya aidiladha buat kak sklrg,dan selamat bercuti ya.. jgn cuti lelama tau
Banyak betul koleksi kamera tu ye ct. Boleh buat muzium tu.
Raya kat mana CT?
bila tengok kuih getas CT ni teringat kat arwah atuk ita..
Arwah suka sangat buat kuih getas ni dah macam kuih wajib pulak! hari2 mesti ada kalau habis dia buat lagi..
rajin betul Ct ni nanti ita nak cuba resepi dari CT ni sebab ita tak sempat minta resepi dari arwah atuk..
Salam Aidiladha buat kak CT sekeluarga ya..selamat pulang ke kampung.Berhatu2 di jalan raya
Pernah buat sekali kuih getas ni ntah berape tahun lepas....mmg besh kunyah liat2 manis tu...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
rajinnya akak wat kuih getas2 ni...dulu mak rajin buat dan yatie rajin makan..hehehehe..rasanya sekali je yatie buat kuih ni, pastu tak buat lagi sampai skrng..lamanya kan...tngk akak buat ni, rasa skrng gak nak buat..kuih kegemaranku..sedapnya kak..
sukanya Rahel ngan kuihh getas..dari duuuuulu lagi hingga kini..tetap suka pada kuih getas..sedap..
Sedapnyer kuih nih,xpernah lagi wat sendri kak..c
ehh.. klasik2 pun.. sedap tu kuih org2 lama.. akak suka..
lum pernah buat sendiri kuih getas ni..byk betul koleksi kamera klasik akak...terjaga pulak tu...salam aidiladha dari e-na...
selamat hari raya kak ct...
Post a Comment