Kek Lapis Strawberry

Monday, November 21, 2011

(21) Comments




Assalamualaikum... Salam mesra untuk semua pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kali ini CT ulang buat lagi kek yang sangat sedap dan lembut. Ini kali kedua CT buat, jika masih ingat pada kek pandan lapis serikaya yang CT buat sebelum ni?. Haa... yang ini CT ubah perisanya kepada lapis strawberry pulak. Sukatan gula tu CT kurangkan sebab jem strawberry ni dah manis kan. Kalau kita sayang pada jari2 kaki dari di 'potong', kenalah kurangkan manis dalam setiap masakan kita ya. Sukatan kali ni CT buat dua adunan jadi tak payah nak lapik tebal2 macam kek pandan dulu tu. Kalau teman2 guna loyang yang kecik sedikit pasti dapat lebih tebal.

Kek Lapis Strawberry ni CT buat pun dah petang, jadinya kelam kabut sikitlah nak siapkan dan cepat2 shoot sebab kalau dah gelap hilanglah sumber pencahayaan yang diperlukan. Resipi ni hampir sama dengan yang lepas cuma ada yang ditukar, dikurangkan atau ditambah. Kalau nak lihat hasil kek pandan lapis serikaya tu boleh lihat dalam entri CT yang lepas tu ya. Terima kasih pada semua pengunjung setia Dapur CT yang tak jemu2 meninggalkan komen dan singgah ke sini. Dapur CT akan bercuti selama 3 hari mulai esok kerana CT bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga. CT akan bertolak sebentar lagi lebih kurang pukul 10 macam tu. Jika ada yang ingin mencuba silakan, jangan segan2 ya. Sampai jumpa lagi.. Daaaa......


Kek Lapis Strawberry
Resipi asal : E-na Lovely Kitchen
Di olah : Che CT


Bahan-bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa Strawberry
Sedikit Pewarna Pink

Bahan B :
Jem strawberry secukupnya
Loyang 10" x 14"




Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna pink, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan untuk membuat garisan lurus yang halus.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas garisan lurus di atas adunan tadi secara melintang dan lembut dari hujung ke hujung untuk melorek coraknya.
11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).
12. Sejukkan dan belah dua.

13. Sapukan jem strawberry, potong kecil untuk di hidangkan.








P/S - Kamera Klasik ke-9 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Canon Canonet 28.

CT Delima

21 Responses to "Kek Lapis Strawberry"

Monday, November 21, 2011 6:50:00 AM
cantiknya kek.Selamat bercuti ya CT
ibundo said :
Monday, November 21, 2011 7:30:00 AM
salam pagi ct. Bundo dah tergoda ni.....
Monday, November 21, 2011 7:43:00 AM
Assalamualaikum w w & Slmt pagi yg ceria lagi dingin CT..hehehehe

Bila nmpk post CT cepat mama dtg nak tgk keanggunan kek lapis strawberry CT...lama mama tak membaking nmpk lembut jer kek nih CT :)
ady said :
Monday, November 21, 2011 8:46:00 AM
Salam & Slmt pagi kak ct
menarik dipandang dan sedap dimakan kek lapis strawberry ni....
Yat Maria said :
Monday, November 21, 2011 8:55:00 AM
Salam K CT

gorjess cake ni kak!
Ummi said :
Monday, November 21, 2011 8:57:00 AM
Assalam CT...amboiii minggu kek stoberi la eh...mcm2 style kuar nih...bikin ngencesss kat akak jek taauuu...kiiijaaamm ^_____^
Tina Othman said :
Monday, November 21, 2011 9:24:00 AM
wah sedapnya kak ct, tapi saya sampai skrg tak dapat byngkan camna nak buat lorek kat atas kek tu

apapun selamat bercuti ye
Ida,Japan said :
Monday, November 21, 2011 9:57:00 AM
berkenan kt gambar2 sebenarnya kak...cantik, kek pun sedap.. wahh ada lagi koleksi camera kt umah kt CT..mesti penuh satu almari kan
Yatie said :
Monday, November 21, 2011 10:49:00 AM
Assalamualaikum Kak CT,
Selamat bercuti, moga slmt sampai tmpt yg nak di tuju..

uwaaaa berderet2 kek stoberi, sedap tu..comel jek kek yg akak buat ni, mcm skrng gak nak buat...
Monday, November 21, 2011 11:53:00 AM
wahhh memang nampak sedapp sgttt
Monday, November 21, 2011 1:47:00 PM
Assallamualaikum kak Ct..
Wah sedapnya kak... Cantik lak tu presentation...
rahel said :
Monday, November 21, 2011 4:05:00 PM
Selamat petang Kak Ct..
waduh...kena godaan lagi ni...keknya cantik banget...tooolong lah...geram2 sayang je tengok kek lapis tu..
Amie said :
Monday, November 21, 2011 4:37:00 PM
selamat bercuti CT.... jangan lupa dapurnya ye...kita habiskan ni kek dia...nyummmm
Monday, November 21, 2011 8:16:00 PM
selamat bercuti kak.. menarik ke ni..
Nurwin Heny said :
Tuesday, November 22, 2011 2:12:00 PM
Selamat bercuti! Enjoy yourselves! Cantik kek lapis strawberry yg dibuat ni.
Tuesday, November 22, 2011 10:08:00 PM
salam CT..
kek tu utk bekalan cuti2 malaysia ke CT. kalau bukan.. bolehlah kami rasa sorang sekeping yer.... kalau dibiarkan atas meja tu pun boleh berkulat... hehhe..
slmt cuti2 ye..
Thursday, November 24, 2011 3:43:00 PM
bestnye bercuti...heheh...cantik kek lapis ni...nampak kegebuannya...
:: niezza said :
Saturday, November 26, 2011 3:58:00 AM
bestnyer kek ni....
Nieza said :
Friday, December 02, 2011 3:00:00 PM
salam windu kat CT..patutla sunyi jer dapur akak..pergi bercuti yer. Sedapnya tgk kek lapis ni kak...cantik jer lapisannya tu..gambar pun cantik:)
Monday, December 05, 2011 11:15:00 AM
akak ct cayang...
kek lapis strawberry tu mengoda betul ler akak... cantik sgt...
Anonymous said :
Tuesday, January 10, 2012 9:03:00 AM
salam CT, saya kawan baru ... selamat berkenalan

-alia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...