Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum... Bertemu kembali dihari ini, diharap semua pengunjung Dapur CT sihat2 semua hendaknya. Syukur alhamdulillah.. Terus kita pada resipi CT hari ini. Aduhai... gerangan siapa pencipta kek yang sangat sedap ni. Tak lain tak bukan jejaka muda nun jauh di Miri Sarawak sana iaitu Ryo Azhar adik kepada Hasue. CT suka melihat trend semasa anak2 muda sekarang yang gemar dan kreatif dalam bidang masakan. Berbalik pada resipi Kek Lapis Cheese Pesona dari Ryo ni, CT buat semalam pagi. Jadi sengaja simpan dalam petiais tu lama sikit. Melebihi dari 6 jam, tak merosakkan kek tu pun... hehehe. Kalau ada pun mesti ada yang dah potong kek tu curi2 jer tanpa CT tahu... hahaha.
Seingat CT lah, selepas raya yang lepas CT ada pose kat FB nak cari kek lapis cheese yang tak dibakar dan disejukkan dalam petiais. Kalau ada yang masih ingat mesti dia pun tahu yang CT memang mencari resipi macam ni. Sebab ada makan kek ni kat rumah kawan masa raya tu, memang sedap berulang2 dok makan kek tu. Rasa2nya tuan rumah tu mesti perasan kan... hahaha. Okey dah panjang lebar dah ni, lari tajuk segala. Resipi ni dah ramai yang telah mencubanya. Rata2 mengatakan sedap, senang dan mudah nak menyediakan nya. Memang betul senang saje nak buat kek ni, peluh tak sempat keluar pun kek dah siap. Minta maaflah ya tak dapat nak letak link semua teman2 yang dah buat kek ni . Terima kasih banyak2 buat Ryo yang sudi berkongsikan resipi Kek Lapis Cheese Pesona ni. Memang terpesona tambah2 lagi bila masuk dalam mulut, nyamannn... Mintak izin ya Ryo, kak CT letakkan resipi ini dalam Dapur CT juga, senang untuk rujukan dimasa2 akan datang. I dah follow... ada sesiapa lagi yang belum followw..... Jomlah..

Oh ye, lupa pulak. Kamera klasik ke-2 yang digunakan sebagai props kat dalam gambar menu ni ialah Olympus OM10.
Kek Lapis Cheese Persona
resipi : Ryo@Ryoazhar
Bahan : A (Loyang saiz 9x9 - CT guna 8x8)
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 gm - ryo guna jenama LEE. (CT juga guna jemana LEE perasa coklat).
500 ml susu segar, dipanaskanBahan : B
500 gm cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus
Cara-cara :
1. Satukan cheese dan gula halus, pukul sebati. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
2. Pukul lagi hingga kembang dan sebati, ketepikan.3. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
4. Panaskan susu segar, padamkan api.5. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
6. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya, ratakan. Ulang proses melapis biskut, kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi. Ulang proses melapis hingga habis, biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
7. Kemudian, kisar baki biskut yang ada, taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE, boleh ramas2 kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
8. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk, biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.




























33 Responses to "Kek Lapis Cheese Persona"
Wa'salam nieza cayang..baru nak dibuai mimpi ya, k.ct dah siap mandi ni...hehehe. Tido lah lepas ni, jangan lupa baca bismilah dan cuci kaki dulu ya..hehehe
kek ni memang sedap nieza, anak2 dok ulang2 makan, kalau tak sempat snap gambar kena buat lagi lah tu..hehehe
Wa'salam CM, ct selalu gak skodeng blog CM tu nak cari resipi..hehehe. Nanti boleh cuba buat memang sedap ni :)
Nonie jangan tunggu lama2 nanti habis dikebas orang...hahaha. lawak dipagi hari pulak dah erk..hehehe. Cuba buat cepat2 nonie memang tak menghampakan :)
Hai Ida... semalam dok skodeng resipi spaghetti ida tu nak cuba buat nanti, mintak halal tau :)
Ohh...ingat dah buat, emm..esok lusa buat lerrr...hikhikhik
Wa'salam Naz...tr kasih..senyum simpul dah ni.. hihihi. Ingat k.ct yang dah terlewat, rupanya Naz pun belum buat juga ya. Tak apa Naz, lambat atau cepat kek ni tetap boleh dicuba juga nanti :D
selamat pagi... waah kek nie mmg mempersonakan... sedap sesangat kan akak.... buat 1 adunan mmg x puas makan... :)
Tak sabar nak tggu reaksi anak2 plk.. :)
*pheww bru lepas dpt komen kat sini :(
jangan tunggu lama2..cepat2 buat pejam mata jer masa makan tu Gee..hihihi. kita lupakan sehari akan diet tu okey..hahaha
Wa'salam Noor, follow dah lama kek ni masa Ryo buat tu, dok ngidam jer akhirnya tercapai juga nak membuatnya so yummy lah Noor. Jom followwww!
Wa'salam Diana manisss... memang betul buat 1 adunan tu macam kecik kan. next time nak buat 2 adunan pulak. Hahaha...tamak pulak dah..hihihi. sebab sedap dok layan kek cheese ni kan Diana :)
Wa'salam Anna, tak kisah anna puji ker tak kalau duk berjiran k.ct dah bagi merasa dah...hihihi
hahaha....jangan terpesona jer dik nani oiii....jom lah mulakan projek mu ini secepat kilat. agar air liur mu tidak menitis nanti...hahahaha
Alhamdulillah...bila lagi nak mencuba kan. kalau dah jadi tu next time boleh buat yang lain pulak...hehehe
Jangan lupa bila dah potong nanti tag kat FB Che CT okey Lin :D
Wa'salam Lina...sedapppp! tak bohong kalau nak tahu kenalah followww...hihihi.
sekali cuba pasti nak 2-3 kali mencuba lagi..cayalah.
Mau aja ku bawa' lari semua kek yg dlm pinggan tu..siap ngan kamera lg tu..memang mempersona betullll..
Post a Comment