Muffin Coklat Kukus

Wednesday, June 08, 2011

(36) Comments




Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan buat semua teman setia blog DDCT. Sebelum CT kata apa-apa, CT terlebih dulu ingin memohon maaf kerana kesibukan CT dalam beberapa hari ni sebab CT pun rasa macam CT kurang dapat berjalan2 ke blog teman2 macam selalunya. Selagi cuti sekolah tak habis, begitulah gamaknya kot. Bila ada masa terluang dan bila semua kerja rumah dah selesai dan lewat petang baru dapat meluangkan masa untuk blogworking.

Kali ini CT nak kongsikan resipi yang dah pernah CT buat sikit masa dulu. Resipi Muffin Coklat Kukus dari Maklang Azie. Muffin ni memang sedap dan tetap moist walau pun dah sejuk. Nak buat pun tak mengambil masa yang lama Semuanya siap sedia dalam 20 minit saje. CT bangun pukul 6 pagi dan ambil masa 5 minit nak menyediakan adunan dan 10 minit untuk mengukus. Bila dah masak terus dihidangkan ketika masih hangat untuk sarapan My laling CM, semuanya dalam masa 20 minit. Sekejap jer sangat cepat dan sesuailah untuk surirumah yang mengejar masa untuk pergi kerja dan pada masa yang sama nak sediakan breakfast sendiri untuk anak2 dirumah. Kalau nak cepat boleh buat dalam muffin cup yang keras atau nak comel2 tu masuk terus dalam acuan lompang tu, sangat sesuai. Jika ada yang ingin mencuba, silakan CT kongsikan resipi ni sekali lagi ye. Terima kasih pada Maklang Azie atas resipi ini.


Muffin Coklat Kukus - Ke II
Resepi : FP Maklang Azie

Bahan A:
2 cawan susu cair (CT guna susu segar)
1 cawan minyak masak atau 250 gm butter cair (CT guna minyak masak).
1 3/4 cawan gula castor
1 biji telur

Bahan B: (di ayak)
250 gm tepung superfine atau tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara:
1. Satukan bahan A dan kacau sebati, guna whisker saje
2. Masukkan bahan B dan gaul rata, tuang dalam cawan muffin
3. Kukus selama 10 minit

Tips :
Untuk dapatkan muffin pecah 4 , air kukusan hendaklah dipanaskan hingga mendidih dengan api besar dan jarakkan ruang muffin antara satu sama lain supaya kesemua muffin masak dengan elok.




CT Delima

,

36 Responses to "Muffin Coklat Kukus"

anymz said :
Wednesday, June 08, 2011 7:48:00 AM
salam pagi ct payung..kihkih

ini mmg dah sah2 confirm masuk list..tggu le dua tiga hari baru buat..satgi jemu pulak rakyat jelata..eh!tapi kan nape akak takleh copy resepi kat sini ek?..akak kena salin pulak..leceh arr sikit.
Maira Anjami said :
Wednesday, June 08, 2011 8:03:00 AM
wah!kembangnye muffin tu...
nak try jugak la bile rajin nnt..hehe
ady said :
Wednesday, June 08, 2011 8:10:00 AM
as-salam kak ct
kak ct gebunye dan kembang muffin coklat tu..macam apam mekar..
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 8:15:00 AM
anymz ~

Wa'salam kak anim..selamat pagi. ceria nampak, ada apa2 ker..hahaha.cubalah kak, sedap muffin ni.

kalau kak anim nak copy, select resipi tu n gi kat Edit n tekan copy siap..hihi. sorilah kak menyusahkan eh. nanti ct mintak Hb betulkan lah eh..insyaAllah. Hb tu bz jer memanjang..hihihi
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 8:17:00 AM
Maira Anjami ~

Maira..dah habis exam ya, mudah2an dapat yang terbaik ya. bolehlah cuba ni senang dan cepat nak buat. :D
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 8:19:00 AM
ady ~

Wa'salam ady..a'ah mekar terlebih2 pulak. Tapi ada juga yang kak ct guna acuan lompang tu dia tak nak mekar, maybe guna muffin cup yang pendek dari acuan lompang tu kot. tapi guna muffin keras semuanya mekar setaman...hihihi
Zaliedana said :
Wednesday, June 08, 2011 8:28:00 AM
Assalam kak ct,uii mekar setaman,dah ala ala apam lak,nmpk pon sedap ajer kak..A"ah betoi ckp akak,kalo jnis mapin nih mmg cpat siap,coz godek2 ajer,xyah nak guna mixer bagai..
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 8:49:00 AM
Zaliedana ~

Wa'salam CT..a'ah mekar setaman bagai bunga2 sakura yang mekar lagaknya.. hahaha. melalut pulak kan, kalau nak mekar petuanya api nak besar dan jarakkan bekas muffin tu agar dapat beri ruang pada muffin tu :D
Wednesday, June 08, 2011 9:11:00 AM
Salam Kak CT, ngamcam betul tengok muffin tu... nampak gebu sesangat..
izahdaut said :
Wednesday, June 08, 2011 9:13:00 AM
woo mekarnya mcm nak melimpah.. cantikk.. nak try buat. anak2 suke ni..
mekasih kak ct..
nOOrsha said :
Wednesday, June 08, 2011 9:50:00 AM
salam kak ct..gebusnyer muffin akak ni... membuak2 mekarnye tu..senyumm jer sumer... hehehe.... mesti tersengih2 bukak tudung kukusan bile tgk sumenya mekar kan..tukar ngan angel hair nak? hehe
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 10:09:00 AM
Antan Bertingkah ~

Wa'salam Yus..yalah dulu guna acuan lompang sikit jer senyumnya. guna muffin cup ni bukan main mekar sejambak pulak menjadinya. agaknya aura subuh hari kot... hihihi
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 10:09:00 AM
izahdaut ~

cuba izah..jap lagi tu mengodek lah. sempatlah nak tunggu dia masak dok BW sekali kan.. hehehe
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 10:11:00 AM
nOOrsha ~

Wa'salam Sha..memang tepat tekaan sah tu..bukan senyun jer malah ada ketawa kecil lagi masa bukak tutp pengukus tu.. hehehe.

boleh jer..kasi lebih2 skit eh angle hair tu tau :D
Wednesday, June 08, 2011 10:47:00 AM
KAk CT tersenyum mekar je muffin tu pagi2...:) comel sgt.. Geram tgk... Leh masuk list ni
Mas said :
Wednesday, June 08, 2011 10:54:00 AM
wahhhhh...cantiknya muffin ni mekarrr...
geramm mas tengokkkk....
Wednesday, June 08, 2011 11:10:00 AM
senyum lebar muffin kak ct...kiut plak nengoknye..
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 11:34:00 AM
Juwita Jamaludin ~

Ita senyum membawa maksud tu. mintak diberi kepujian yang tinggi sebab berjaya buat muffin tu senyum semekar2nya.. hehehe.
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 11:35:00 AM
nuwairani ismail ~

Nani..selalunya kalau buat muffin atau apam, kurang nak memberi senyuman ikhlas kan. Entah yang ni macam terover lak pulak. suka gak kak ct tengok.. hihihi
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 11:36:00 AM
Mas ~

itulah pasal mas..mekar serumpun sampai kata izah membuak2 macam nak terkeluar dari muffin cup tu..hehehe. syok gak bila lihat dia mekar sebegitu :D
ijayuji said :
Wednesday, June 08, 2011 12:03:00 PM
Salam kak CT cayang :D nada lembik2 gituu :D dtg lmbt td sibuk duk packing baju2 laling :D ada lagi tak kak? mesti dah habes sbb ramai yg dah dtg sob sob, nmpknyer kita kena buat sendirik lah niii nangess**
nor64 said :
Wednesday, June 08, 2011 2:02:00 PM
salam CT,

wah muffin coklat ct ni kembang semangkuk...berkelopak lagi...muffin coklat ni mmg mudah sgt dan compem menjadi punye..akak selalu buat ni tahun lepas dan rasanye tak pernah tak senyum ...mmg puas hati....
Ida,Japan said :
Wednesday, June 08, 2011 2:47:00 PM
slm kenal juga kak CT...rambang mata ida sebenarnya bila ke sini..sume sedap2..senyum lebar muffin coklat tu..gebussnyer nmpk..
Kasih Ibu said :
Wednesday, June 08, 2011 3:16:00 PM
assalamualaikum kak ct...

wah!!!cantik mekar muffin coklat akak ni...gebu gitu...pasti rasanya juga sedap....
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 6:01:00 PM
ijayuji ~

Wa'salam Ika...alahhh jangan sedih2lah, kang kak ct ikut nangis gak ni. dah habis lah ika, dah petang...hihihi

malam ni En Ninja tak ada tido baik2 tau. kot2 takut tu tido jer bawah katil.. hehehe
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 6:02:00 PM
nor64 ~

Wa'salam kak Nor..a'ah memang puas hati sangat2. dah dua kali buat memang sedap dan lembut jer :D
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 6:04:00 PM
Ida,Japan ~

Terima kasih Ida sudi datang ke DDCT. masakkan ida pun apa kurang nya semuanya sedap juga :D

muffin tu senyum sebab nak sambut tetamu datang ke DDCT lah ida.. hihihi
CT Delima said :
Wednesday, June 08, 2011 6:05:00 PM
Kasih Ibu ~

Wa'salam zura..memang sedap, meh lah cuba senang jer tu dan sekejap nak disediakan :D
Nieza said :
Wednesday, June 08, 2011 9:07:00 PM
wahh cantiknya muffin akak tu....mekar setaman..i like..sure sedap ni rasa mcm nak ngap jer...hehe
Amie said :
Wednesday, June 08, 2011 11:02:00 PM
senyum lebar muffin tu yea...ceria macam tuannya jugak...terpikatlah kita menengoknya...
Ummi said :
Thursday, June 09, 2011 8:18:00 AM
CT, montokssnyaaa muffin tuh...harus akak buat ni, anak2 mmg suka yg kukus dr bakar sebenarnya....akak amik resepi eh...
Friday, June 10, 2011 5:11:00 AM
Tienen muy buena pinta esos muffins yo tambien hago muffins pero son algo difenentes pero estan muy buenos.

Muchos besos.

http://eldiariodenurca.blogspot.com/
CT Delima said :
Friday, June 10, 2011 4:06:00 PM
Nieza ~

memang sedap lembut jer ni nieza. silakan mencuba tak menyesal punya..hihihi
CT Delima said :
Friday, June 10, 2011 4:07:00 PM
Amie ~

muffin tu jeles tengok tuan dapur ni asik senyum memanjang jer amie.. hahaha
CT Delima said :
Friday, June 10, 2011 4:08:00 PM
Ummi ~

kak ummi silakan kak, akak tak akan menyesal..hehehe. cubalah dulu kak kalau menepati citarasa kak ummi dan anak2. kalau ct memang suka sebab sedap dan lembut :D
fitto said :
Monday, August 08, 2011 4:20:00 PM
saye xpndai msk, br2 nk blaja..minat tgk apam ni..nk tanye..saye nk try buat apam ni, tp nk msk gune rice cooker..cemana ek?xlembik k nnt cup tu ek bile kukus?nk sgt try nih...;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...