Cabaran Daisy 2011 - Sehari Bersama Chef Liza

Assalamualaikum.. Salam ceria di pagi Jumaat buat semua. CT harap kita semua berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik ye. Amiinnnn.. Hari ni CT tak bercerita pasal menu masakan ye, tapi CT nak cerita tentang kisah semalam di pelancaran majlis "Cabaran Daisy 2011 - Sehebat Chef". Majlis pelancaran dan sidang akhbar ini di adakan di studio masakan Chef Liza Zainol di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur bermula pukul 1 - 5 petang.
CT pergi ke majlis ni ditemani my laling CM. Dari rumah CT nak ke sana tak lah jauh sangat tapi disebabkan alamat yang diberi oleh pihak Kosmo macam tak berapa tepat, CT dan suami berpusing lebih 1 jam untuk sampai hehe. Keluar rumah pukul 12.00 tapi sampai kat sana lebih kurang pukul 1.30 huhuhu. Nasib baik sampai, kalau tidak mahu CT berpatah balik aje hehehe.
CT tak nak bercerita panjang lebar, biarlah gambar saja yang berbicara ye hehehe. Tapi kesimpulannya CT memang sangat gembira dapat bersama dalam majlis tu sebab CT dapat pengalaman yang baru dan dapat tips-tips yang sangat berguna dari Chef Liza Zainol yang tidak kedekut ilmu. Selain daripada pelancaran majlis, Chef Liza juga mengadakan bengkel khas untuk semua yang hadir untuk membuat dua menu kek dan biskut di mana kami semua bersama-sama membuatnya dengan tunjuk ajar beliau. Chef Liza turut berkongsi rahsia bagaimana nak jadikan kek sangat lembut dan gebu seperti kapas dan bagaimana nak jadikan biskut rangup tetapi 'cair di mulut', memang best. Dan yang bestnya lagi, masa majlis dah tamat dan sebelum CT balik tu, wartawan dari Kosmo dan Utusan dok usik-usik CT. Dorang kata, "Kak, lain kali kalau ada majlis sebegini lagi, akak bole join kitorang lagi tak?" CT jawab, "boleh aje, asalkan bukan di hari biasa sebab anak2 bersekolah, kalau hari cuti okeylah sebab akak tak bole drive". Lepas tu dorang kata "Takpe kak, kalau tak bole drive nanti kitorang ambik akak, nanti kita calling-calling eh" ... ehhehe.. CT ketawa aje mendengarnya..
Okeylah, CT tak nak bercerita panjang lebar lagi, layanlah sedikit dari gambar2 yang sempat diambil di sana ye.































32 Responses to "Cabaran Daisy 2011 - Sehari Bersama Chef Liza"
eeeeeeeeeeeeee apa lg yg nak di katakkan lg ni...negok pic pun dah npk sunggu hepening sekali..seronok kita negok gambar2 akk ni....dpt menuntut ilmu dari pakar pulak tu...tahniah kak...
Wa'salam sheila..memang seronok. ni kira first time k.ct join macam ni. chef liza sangat baik dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Banyak benda yg sebelum ni kita tak tahu dan sekarang dah tahu dah..alhamdulillah.
Bersyukur dan kena ucap tr kasih banyak2 kat My Hb yg banyak memberi sokongan :DD
Wa'salam CT...alhamdulillah. ada lah sedikit ilmu yg dikongsikan semalam. cuma macam tak puas jer rasanya, rasa macam sekejap sangat. harap lain kali dapat join macam ni lagi... hihihi
InsyaAllah... :D
Woooww best nyer CT dapat join masak2 ngan chef Liza... mesti banyak ilmu yang Ct dapatkan...
alhamdulillah... nanti kongsi2 pulak kat blog Ct yer...
Wahh.. seronoknyer dpt join masak2 ngan Chef Liza.. selama ni dok ingat CT dok kat Johor.. rupa2nya berada di KL ni aje... hehe.. byk tips yg Chef Liza kongsikan yer.. nnt jangan lupa share2 ngan kami pula yer...
Opsss.. baru perasan tarikh lahir CT.. sepatutnya sy kena panggil CT kakak ni.. :-D hehe.. tp rasa mcm tak sanggup nak panggil kakak sebab nampak muda sangat Kak CT ni tauu...
akak suka masak tapi akak still cumill dan slim melim je...ape rahsianya???
Wa'salam kak ede..alhamdulillah kak. walau first time ct mengikuti anjuran seperti ini ianya sangat seronok.
InsyaAllah ilmu itu akan dikongsikan walaupun tak banyak gembira juga :D
Wa'salam Ratna... dulu ct memang dok JB. tapi sekarang dah duk KL ni hampir 7 tahun dah. alah.. CT tak kisah nak panggil apa pun Ratna, apa ada pada angka umur kan. yang penting kita ikhlas betul tak ?.. hihihi
kak ummiiiii..nape tak join kak, seronok tau. lain kali kalau dapat join lah pasti menghiburkan hati sendiri. dapat belajar dan dapat ilmu sedikit dr chef yang tersohor lagi... hihihi
sape tak nak peluk chef yang kita suka, inilah peluangnya betul tak. Cuma nak jumpa chef wan jer yang belum dapat... hahahaha
InsyaAllah CT, kalau ada tu nanti dapatlah panggilan. rezeki kita ni kat mana2 ada kan :D
Inaaaa... miss you dear. Psss..lain kali kalau dapat nak ker join nanti kita roger2 eh..hihihi
peluk sakan tapi yang syoknya, masa nak balik siap mintak bungkus buah belimbing buluh bawak balik, nak masak asam gulai... hahaha
memang best Lina, sekali dalam hidup. peluang kedua tu tak tahulah bila akan dapat kan. Jadi ada peluang nilah kita kena rebut, bukan senang nak jumpa chef yang tersohor macam chef liza ni kan :DD
jadilah kan.. tapi, bestlah dapat join dorang..
komputer maklong ni meragam je kejenya..
lor siannya, tak apalah kalau tak lodding semua, dapat tengok sikit pun jadilah. kena beli yang baru laptop tu maklong... hihihi
Wa'salam Ika..alahai badan kita ni dah maintain kecil molek jer ni. kalau boleh kita nak besar sedikit sedang2 gitu. kalau kena tiup angin kencang tak boleh terbang... hahaha
hehehe..ita jangan puji melangin. kang jadtuh kedebuk sakit montot... hahaha.
memang seronok maklum lah pertama kali kannnn :D
Wa'salam Noor, alhamdulillah dah diberikan tubuh yang comel sebegini, syukur padaNYA :D
sofea..lain kali kalau dapat peluang sebegini join lah, seronok boleh meluaskan pengetahuan kita2 ni yang kurang mahir dalam bab2 buat kek dan segalanya :D
alolololooo... cantiknya akak ku sorg nie... seronok diana tgk.. bertuah akak ct dpt sertainya.. ;)
Alhamdulillah, memang seronok lina dapat belajar benda yang baru, yang mana sebelum ni kita tak tahu kan. chef liza ada membantu sedikit ilmu masak2 ni. syukurlah kan, sape nak bagi walau pun sedikit betul tak :D
Wa'salam Diana.. hehehe. alahai k.ct ni kalau bediri sebelah diana mesti kecik jer agaknya kan.. hahaha.
memang seronak diana, lain kali kalau ada buat lagi mesti nak join, insyaAllah :)
Alhamdulillah lah fatin, kalau bukan kerana jemputan tu tentu kak ct tak dapat nak merasa semua ni kan. bersyukur lah kiranya ni dapat jumpa dengan chef liza :D
Post a Comment