Kuih Dadar / Ketayap Dot.. Dot.. Dot

Thursday, April 28, 2011

(25) Comments




Assalamualaikum... salam penuh kemesraan buat semua pengunjung yang sering singgah ke Dapur CT. Alhamdulillah semoga apa yang kita masak dan sediakan untuk keluarga tersayang adalah hidangan yang sentiasa mendapat keberkatan dariNYA, insyaAllah. Pagi ni CT sempat menyediakan hidangan Kuih dadar @ ketayap buat keluarga tersayang. Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi CT. Tapi minta maaf lah sebab CT menderhaka sikit pada resepi ni dengan mengubah rupa dan kalernya... hihihi. Saja inginkan kelainan dan menokok tambah dot dot pulak kat kuih ni... hihihi. Ada ternampak kawan2 yang buat bentuk jalur2, tapi CT pulak buat dot dot jer. Resipi ni CT ambil dari blog resipicitarasawan (Kak Wan). Alhamdulillah lembut jer kuih ni, anak2 bujang dan my laling CM yang hampir hilang 'kebujangan' nya pun suka dengan kuih dadar ni... hehehe. Thanks Kak Wan for sharing... dan CT copy resipi ini untuk dipanjangkan di Dapur CT pula :D


Kuih Dadar / Ketayap Dot.. Dot.. Dot
Resipi dari Kak Wan

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur (CT guna 1 biji telur)
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
Pewarna hijau (CT guna pewarna kuning)
Sedikit pewarna coklat (untuk dot dot)
1 sudu besar majerin dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
Sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut / jagung (CT tak letak)

Cara-cara :
1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis (CT biarkan sekejap dalam 10 minit).
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.




CT Delima

25 Responses to "Kuih Dadar / Ketayap Dot.. Dot.. Dot"

ashiekien said :
Thursday, April 28, 2011 7:47:00 AM
sempoi je.....ketayap poker dot.....
Thursday, April 28, 2011 7:59:00 AM
ketayap pon ade dot...dot...ketip nih..
lina said :
Thursday, April 28, 2011 8:23:00 AM
salam CT - mcm mana nak buat dot tu..titik kan kat atas masa memasak ke.
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 8:33:00 AM
ashiekien ~

kuih ni kalau kita pelbagai kan mesti nampak lain dr yang lain. memang sempoi nak sediakannya dan sedap kak ct suka makan :D
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 8:34:00 AM
Aishah @ Ariffin @ Aqil ~

hehehe.... saje jer. kak ct kan tak ada keja nak buat kat dapur, tu yang jadi dot dot kuih dadar ni.. hehehe
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 8:37:00 AM
lina ~

wa'salam Lina.. ya..sebelum kita bubuh better tu, kita titikkan dulu dengan hujung sudu tapi kena cepat sikit lah sbb nanti kalau dah kering sgt dot dot tu tanggal pulak :D
Iza Akma said :
Thursday, April 28, 2011 8:58:00 AM
Assalamualaikum kak ct,
kak wan punya belang2..k.ct lak dot2..cantik la kak kuih ketayap wat dot2..berseri nampak..
ooo, mcm tu ya kak..titik kan je kat atas..senang sikit drpd belang2 tu..nak wat nnt ikut style k.ct..
Thursday, April 28, 2011 9:12:00 AM
salam ct..

kreatifnya dia... dah ada dot dot tu.. lebih tertarik anak2 nak makan... hehehe..
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 9:38:00 AM
Iza Akma ~

akma..dot dot coklat tu kena bubuh dulu kat pan baru letak better dadar. cuba lah bole diperbagaikan kuih muih ni kita kena rajin jer lah kan :D
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 9:41:00 AM
MaDiHaA a.k.a Ratna ~

Ya lah Ratna.. selalunya kalau buat kuih atau kek kita nak kan yang ada kelainan dan menarik minat anak2 dan orang yang nak makan. Jadi lah hasilnya untuk tarik minat anak2 ct.. hihihi
Ayu said :
Thursday, April 28, 2011 10:02:00 AM
Assalam Ct,
Cantik betul kuih dadar CT,ni, very refreshing warnanya...i loikeee!
Nieza said :
Thursday, April 28, 2011 11:45:00 AM
assalam kak ct, cantiknya...kreatif tu dot-dot pun cun..sure sedap ni..:)
Ummi said :
Thursday, April 28, 2011 12:18:00 PM
CT, waaaah cantik lah kejadian kuih dadar dot dot tuh..hehe...akak nak mendadar jugak laaa..xpun bg akak 3 bijik..boleh..hehe
cik cek said :
Thursday, April 28, 2011 1:02:00 PM
Salam CT...

Wah! Glamournya nama Kuih Ketayap dapor CT mari....he he...
Comey...comey ...kuih ketayap lain dari yang lain tu....:)
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 1:36:00 PM
Ayu ~

Wa'salam Ayu.. hehehe. CT suka dok dapur bila dah sorang2 pas tu mulalah cari idea nak sesuatu yg berlainan ni Ayu :D
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 1:37:00 PM
Nieza ~

Thanks dear Nieza.. hihi cun ehh. meh kak ct suap seketui.. hehehe
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 1:39:00 PM
Ummi ~

kak Ummi..meh mendadar kak ummi. seronok ni sambil gulung sambil masuk mulut 2-3 ketui.. hehehe
CT Delima said :
Thursday, April 28, 2011 1:41:00 PM
Cik Cek ~

Wa'salam Kak Cek.. alah kak cek, ct cuba sesuatu yang baru. nak cari kelainan dari rupa kuih jer. Tapi rasa dan intinya masih tetap sama juga :D
IXORAROXI said :
Thursday, April 28, 2011 2:01:00 PM
lawo kuih ketayapnya
Thursday, April 28, 2011 6:34:00 PM
comelnya kuih CT.. macam tuan yang buat jugak..
Thursday, April 28, 2011 8:33:00 PM
alolooo...comelnya, syg nak mamam..hehe
Thursday, April 28, 2011 9:10:00 PM
comel ketayap polka dot akak..teruja tengok..hehe
hana said :
Thursday, April 28, 2011 10:32:00 PM
comey lote ketayap akak... baik2 cikmat nnti kakct buat dot dot malam nih... wakakakakakakakaka... caboooooottt.. hihihihi
Thursday, April 28, 2011 11:04:00 PM
Assalamualaikum akak..
waah!! cutenya kuih dadar ketayap tu akak... suka tgk...:)
MamaFaMi said :
Friday, May 20, 2011 11:37:00 AM
Hihihi... dah ketayap pun kena chicken pox ye? Hari tu kuih apam.. lepas ni, apa pulak agaknya ye...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...