Blended Orange Cake

Assalamualaikum teman2 sekelian. Moga sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah... amin. CT ni nak kata sihat, macam tak sihat. Dah 4 hari CT sakit2 kepala kadang2 hilang kadang2 kena serang balik bila time tido malam. Tak tahu kenapa, nak mengeluh tak boleh kerana kita kena terima ini sebagai ujian dari Allah. Jika manusia diberi sakit sebagai ujian, sesungguhnya sakit itu adalah sebagai penebus dosa2 yang telah kita lakukan didunia ini. Namun yg pasti semua penyakit ada ubat dan penawarnya. Kita sebagai hamba mestilah sabar dan redha.
Berbalik pada resipi Blended Orange Cake ni. Resipi ni dari Kak Fida MyResipi, terima kasih pada resipi yang sedap dan mudah nak disediakan ni. CT memang puas hati 100% okey... dah ramai sangat yang membuatnya. Semua kawan2 dah mendahului dari CT. HaSue, Ayu, Hana dan ramai lagi yang dah buat. Maaflah tak terucap nama kawan2 yang dah pernah mencuba dan ucapan ikhlas dari mulut mereka yang telah mencuba... ada yang kata sedap, lembut, gebu dan macam2lah sebab masing2 punya pendapat sendiri kan. Pada CT keharuman kek ni, fuuuhhh...menusuk lobang hidung jiran berdekatan ... hahaha. Memang betul masa CT bakar kek ni anak2 baru balik dari sekolah pun kata "sedapnya bau mama, masak apa ni..." kan dah kata seedapppp !. CT kurangkan sukatan gula pada 1 cawan saja, sedang2 elok rasa kemanisan kek oren ni. Ada siapa2 yang belum cuba tu cubalahh... cubalahhh... cubalahh ehh... hihihihi
Blended Orange Cake
Resipi dari Kak Fida@MyResipi
Bahan-bahan: ( loyang 9 inci )
1 biji buah limau
1 cawan minyak (CT guna butter cair)
2 cawan gula halus (CT letak 1 cawan untuk kurangkan kemanisan)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara:
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama, minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus.
2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.4. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.



























14 Responses to "Blended Orange Cake"
Moga sihat ya hari ini...sedap kan kek ni..sekarang ni pun saya tengah bakar kek ni untuk teman...buat buah tangan...
bestnyer nampak kek tu...bila lah saya nak buat ni..tak ter pergi2 kedai lg cari limau..huhu..btw moga kak ct cepat sembuh spt biasa... =)
mas pun suka....
nak membuatnya pun senamg jerk...he...he..
sian akak sakit paler lak..hrp2 dah ok laa yer..ke nak zhariff tolong picitkan?hehe
Wahhh... dah 2 kali buat, mesti permintaan tinggi kat rumah ni kan :D
Norul Mas Hana ~
Tr kasih Norul..kak ct dah sihat..alhamdulillah. Cubalah..memang tak rugi buat, esok kalau terjumpa limau bole lah cuba ya :D
Mamma Olyn ~
Betul tu mama olyn..bagi yang baru nak berjinak2 dari membuat kek ni, bole lah cuba kan. senang banget.. hihihi. Laju nya merempit sampai 2 kali buat erk.. hihihi
Mas ~
Betul tu Mas, kak ct pun buat tak sampai 15 minit dah siap n terus bakor n rasa n terus publis :D
tun_telani ~
Bolelah cuba Tun, buat 1/2 adunan jer kalau berdua tu. tak pun buat lebih sedekah lah kat jiran2.. hihihi. Dapat pahala tau.. hehehe
Wa'alaikumusalam Lina... bolelah bila dah free2 tu buat kek oren ni untuk insan2 tersayang dirumah :D
KakAsma ~
Kak gambar2 kat FB tu semuanya dah dipublis kat blog ni kak. kek oren ni senang jer nak buat dok blend dan kak asmah bole menari sekejap dan terus bole bakar.. hahaha. Jangan marah kak, ct gurau jer.. hihihi
Diana @ Melley Mey
Kak ct dah tengok kat blog Diana, cun habis. Betul lah sukatan gula memang kena kurangkan sebab manis2 ni kak ct tak berapa suka sangat.. hihihi jaga kesihatan lah kan... :D
maklong ct dah tengok kek oren yang maklong buat, okey lah tu cantik dah naiknya. kalau maklong nak naik tinggi guna jer loyang yang kecil sedikit mesti naik tinggi :D
HaSue ~
alhamdulillah..dah ada kurang dah Hasue. Meh2 suruh zhariff datang cepat sikit, tolong picit satu badan kalau boleh.. hahahaha
IXORAROXI ~
Rozi, kek ni memang mudah sanagttttt! betul you cubalah dulu ct gerenti akan menjadi insyaAllah. cubalah dulu kalau ada free okey :D
Post a Comment